awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan teliti semula DEB, NEM

Bernama
Bernama
23/07/2018
22:11 MYT
Kerajaan teliti semula DEB, NEM
Langkah meneliti semula dasar-dasar utama negara selaras dengan aspirasi Malaysia baharu dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara mampan serta dapat menjamin pengagihan yang adil. -Astro AWANI/Fail
Kerajaan akan meneliti semula dasar-dasar utama negara termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Model Ekonomi Baru (NEM) bagi melihat sama ada dasar itu masih relevan.
Menurut Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, ia juga selaras dengan aspirasi Malaysia baharu dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara mampan serta dapat menjamin pengagihan yang adil.
Susulan itu, kementerian berkenaan menjelaskan bahawa dasar baharu yang lebih responsif kepada aspirasi rakyat akan digubal berdasarkan keperluan dan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara.
Kementerian itu berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) di Dewan Rakyat, yang bertanya mengenai Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), sama ada kerajaan akan mengkaji semula dasar-dasar utama dan rancangan pembangunan ekonomi yang ada seperti DEB dan NEM.
Menurut jawapan yang diedarkan kepada pemberita di Parlimen pada Isnin, kementerian itu menyatakan susulan perubahan kerajaan pada 10 Mei lalu selepas Pilihan Raya Umum ke-14, penyediaan dokumen KSP RMK11 telah dijajarkan semula dengan hala tuju baharu dan aspirasi kerajaan Pakatan Harapan.
"Penjajaran ini amat perlu bagi memastikan hala tuju baharu diambil kira dalam perancangan serta strategi pembangunan bagi tempoh 2018-2020.
"Penjajaran ini juga penting bagi menjamin segala usaha kerajaan, benar-benar membawa hasil atau memberi faedah kepada rakyat tanpa berlakunya ketirisan, penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya," menurut kementerian itu.
DEB diperkenalkan pada 1970 dengan strategi serampang dua mata iaitu untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi.
NEM pula diumumkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2010, yang bertujuan menjadi dasar bagi menganjak kedudukan ekonomi negara daripada berpendapatan sederhana tinggi kepada pendapatan tinggi. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Dasar Ekonomi Baru
#ekonomi malaysia
#Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
#model ekonomi baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan