awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA catat rampasan lebih RM794 juta dalam operasi di Pantai Timur

Bernama
Bernama
16/10/2025
12:30 MYT
PGA catat rampasan lebih RM794 juta dalam operasi di Pantai Timur
Pemangku Komander Briged Tenggara ACP Ijid Landu Binju berkata rampasan tertinggi melibatkan sisa elektronik (e-waste) dengan nilai keseluruhan berjumlah RM410 juta. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merekodkan rampasan bernilai lebih RM794 juta sepanjang pelaksanaan operasi di Kelantan, Terengganu dan Pahang bagi tempoh 1 Januari hingga akhir bulan lepas.
Pemangku Komander Briged Tenggara ACP Ijid Landu Binju berkata rampasan tertinggi melibatkan sisa elektronik (e-waste) dengan nilai keseluruhan berjumlah RM410 juta.
Beliau berkata kebanyakan rampasan e-waste diperoleh menerusi Op Hazard, khususnya di Pahang yang dikenal pasti mempunyai beberapa premis dan kilang beroperasi secara tidak sah.
"Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak RM274.99 juta hasil rampasan direkodkan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.
"Sepanjang tempoh itu, 1,520 kes direkodkan dengan 1,388 individu ditahan serta 868 kenderaan bernilai RM79.29 juta disita manakala nilai barangan yang dirampas dianggarkan RM195.7 juta," katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA di sini hari ini.
Ijid berkata keberhasilan itu mencerminkan komitmen dan kerjasama berterusan pasukan dalam memastikan integriti serta profesionalisme PGA kekal terpelihara, selain membuktikan keazaman mereka mengekang jenayah rentas sempadan dan aktiviti penyeludupan.
"PGA menyeru masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah rentas sempadan atau salah laku anggota yang bertugas di lapangan dengan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjamin," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai kesiapsiagaan PGA menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), Ijid berkata PGA sentiasa bersiap siaga 24 jam sehari bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
"Dalam konteks PGA, kami sentiasa bersiap sedia bukan kerana tahu akan berlaku kejadian, tetapi kerana kesiapsiagaan itu sudah menjadi budaya kerja kami.
"Tiada istilah siang atau malam, hujan atau panas, ini adalah tanggungjawab Batalion 8 PGA dan kami tetap bersedia memberi bantuan apabila diperlukan," katanya.
Beliau berkata semua aset logistik dan sumber manusia kini berada dalam keadaan siap siaga dan hanya menunggu arahan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan sekiranya diperlukan di lapangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PGA Briged Tenggara
#Op Hazard
#Pasukan Gerakan Am
#operasi di Kelantan Terengganu dan Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan