awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan terdahulu punca ketidaksepadanan graduan TVET dalam pasaran kerja - Chin Tong

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
22/03/2023
05:15 MYT
Kerajaan terdahulu punca ketidaksepadanan graduan TVET dalam pasaran kerja - Chin Tong
Liew Chin Tong berkata, pendekatan silo untuk menguruskan institusi-institusi TVET tidak lagi relevan dan memadai. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong mendakwa kerajaan terdahulu tidak ada pendekatan yang seragam sehingga berlaku ketidaksepadanan graduan tempatan dan TVET dengan pasaran pekerjaan.
Tegasnya, pendekatan silo untuk menguruskan institusi-institusi TVET tidak lagi relevan dan memadai.
"Memang betul ada mismatch yang ketara. Sebelum ini kerajaan terdahulu tiada pendekatan yang secara seragam dan terlalu banyak silo dengan agensi yang berusaha dalam keadaan berasingan menyebabkan mismatch ini wujud.
"Maka hasrat kerajaan (kini) untuk membaiki keadaan dan mengurangkan jurang mismatch," katanya sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari di Dewan Rakyat.
Amirudin mahu tahu apakah kekurangan penawaran graduan TVET berdasarkan permintaan industri serta langkah yang akan diambil untuk mengatasi kelompangan ini.
Kata Chin Tong, Kerajaan mencadangkan agar syarikat-syarikat GLC atau swasta terpilih mengambil alih pengurusan institusi TVET supaya latihan dan pendidikan institusi tersebut memenuhi keperluan industri dan meningkatkan kebolehpasaran graduan teknikal vokasional itu.
Ujarnya, struktur gaji pasaran buruh negara disifatkan terlampau rendah disebabkan kewujudan ramai pekerja asing tanpa kemahiran.
"Apabila majikan mengupah pekerja asing tanpa kemahiran, maka tiada insentif dan dorongan kepada syarikat-syarikat untuk membayar gaji kepada warganegara kita yang berkemahiran.
"Justeru, MITI telah merangka dasar pelaburan baharu yang berasaskan aspirasi pelaburan negara bagi merencanakan agenda pelaburan negara yang holistik, sekali gus meningkatkan pertumbuhan ekonomi serta aliran masuk pelaburan ke dalam negara.
"Penerokaan industri baharu juga tidak terhad kepada sektor-sektor baharu sahaja, tetapi merangkumi transformasi automasi dan digitalasi dalam industri sedia ada.
"Transformasi teknologi yang semakin canggih ini memerlukan set kemahiran teknologi yang lebih tinggi dan dapat meningkatkan peluang pekerjaan bagi lepasan TVET," ujarnya.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Liew Chin Tong
#Dewan Rakyat
#TVET
#mismatch
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan