awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan terus jejaki warga Malaysia jadi mangsa penipuan kerja yang masih hilang - Saifuddin

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
23/10/2022
07:07 MYT
Kerajaan terus jejaki warga Malaysia jadi mangsa penipuan kerja yang masih hilang - Saifuddin
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Malaysia tidak akan membiarkan walau seorang pun rakyatnya tertinggal dan usaha mengesan masih dilaksanakan.- Gambar fail/BERNAMA
KUANTAN: Kerajaan Malaysia tetap akan menjejaki warganya yang masih belum dijumpai selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan sama ada di Kemboja, Laos, Myanmar atau Thailand.
Setakat ini seramai 313 mangsa telah berjaya diselamatkan dengan 255 orang telah dibawa pulang dan 58 lagi masih di depoh tahanan di negara-negara tersebut dalam proses untuk dibawa balik.
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Malaysia tidak akan membiarkan walau seorang pun rakyatnya tertinggal dan usaha mengesan masih dilaksanakan.
"Pada waktu yang sama kita masih menjejak beberapa lagi rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang atau masih belum dapat diselamatkan. Pokok pangkalnya kita akan cuba menyelamatkan semua dan tidak seorang pun akan kita biarkan tertinggal di sana," katanya.
Beliau ditemui di Program Gerai Prihatin di perkampungan Cenderawasih, di sini ada Ahad.
Tambah Saifuddin walaupun semakin berkurangan, kerajaan masih menerima satu dua laporan mengenai kehilangan rakyat Malaysia.
"Saya boleh katakan laporan itu semakin sedikitlah tidaklah macam satu ketika dulu setiap minggu kita terima terdapat dua tiga laporan.
"Yang sekarang ini dah ada dah seminggu yang kita tak dengar apa-apa laporan baharu walaupun secara tepat itu tak ada kepada saya namun yang kita tahu semakin berkurangan. Mudah-mudahan selepas ini tiada lagi laporan kehilangan mereka yang ditipu akibat jenayah ini," katanya.
Menurut Saifuddin lagi, kesemua mangsa yang pulang didapati berkeadaan sihat tetapi jika ada daripada mereka yang mempunyai aduan mereka dikasari atau dicederakan, aduan itu perlu dibuat semasa mereka di negara tersebut supaya siasatan mudah dilakukan.
Topic Berkaitan
#Saifuddin Abdullah
#mangsa penipuan pekerjaan
#warga Malaysia
#Kemboja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan