awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasangan pengantin Orang Asli teruja diraikan di majlis perkahwinan
Aqil Mirza , Whitney juara Kejohanan Skuasy Remaja Kebangsaan 2026
Pakar virologi Thailand beri amaran risiko virus Nipah daripada kelawar buah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan terus komited perkasa pembangunan infrastruktur luar bandar

Bernama
Bernama
25/01/2026
07:49 MYT
Kerajaan terus komited perkasa pembangunan infrastruktur luar bandar
Kerajaan terus komited memperkasa pembangunan infrastruktur luar bandar bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. -Foto Facebook
KAPIT: Kerajaan terus komited memperkasa pembangunan infrastruktur luar bandar bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Dewan Kebiau di Skim Penempatan Semula Song Fasa II, Kebiau, Song, yang bernilai RM1.92 juta dan siap sepenuhnya pada 13 Mei 2024.
Projek ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan negeri dan Persekutuan menyediakan kemudahan asas moden, selesa dan inklusif di luar bandar.
"Dewan Kebiau bukan sekadar tempat berhimpun, tetapi menjadi pusat aktiviti kebudayaan, sosial, ekonomi, pendidikan dan keagamaan, sekaligus memperkukuh perpaduan masyarakat setempat," katanya.
Nanta, yang juga Ahli Parlimen Kapit, merakamkan penghargaan kepada JKR Sarawak, JKR Bahagian Kapit, Majlis Daerah Kapit (MDK) dan kontraktor pelaksana atas pelaksanaan projek yang cekap dan menepati spesifikasi serta tempoh kontrak.
Pada majlis sama, beliau menyaksikan penyerahan peralatan Projek Perikanan Darat di bawah Program Sosioekonomi Community@SCORE RECODA oleh Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA).
Projek perintis ini melibatkan sembilan peserta perikanan darat dari daerah Song, masing-masing menerima tujuh jenis peralatan, termasuk bot fiber dan enjin sangkut, bagi meningkatkan pengeluaran ikan air tawar serta pendapatan isi rumah.
Nanta turut memaklumkan beberapa projek pembangunan fizikal sedang dan akan dilaksanakan di kawasan Song dan Kapit, antaranya projek jalan Nanga Banjor/Nanga Makut dan Nanga Makut/Nanga Engkuah di bawah URDA, serta cadangan pembinaan jalan dan jambatan menghubungkan Jalan Nanga Belawai ke Jalan Song-Kapit di bawah JKR.
Selain itu, projek jalan dan jambatan di Nanga Bangkit serta Nanga Nansang Tekalit, bersama Projek Tebingan Sungai Song (Song Waterfront Project) dan Projek Pasar Hasil Hutan (Jungle Produce Market Project), dijangka meningkatkan akses pedalaman, memperindah pekan Song dan merancakkan ekonomi tempatan.
Beliau juga memaklumkan Projek Jalan Nanga Kabah/SK Beguang di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada 31 Mac 2027.
Pada majlis itu, Nanta menyampaikan sijil pelantikan kepada tiga ketua masyarakat baharu dan 43 ketua kaum (tuai rumah), serta sijil penghargaan kepada tiga ketua masyarakat yang telah bersara.
Beliau menegaskan peranan ketua masyarakat dan ketua kaum sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat, sambil berharap mereka melaksanakan amanah dengan dedikasi, adil dan telus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#Jabatan Kerja Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan