KUALA LUMPUR: Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Menurut portal The Business Times, Rafizi menjelaskan kerajaan berada di landasan yang betul untuk menumpukan bantuannya untuk membantu golongan memerlukan.
"Kami kekal dengan itu," katanya memetik laporan portal perniagaan berkenaan, pada Selasa.
Rafizi turut menjelaskan, kerajaan perlu "menguruskan urutan" pemotongan subsidi, dengan risiko inflasi meningkat walaupun sebelum ia dilaksanakan.
Pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membatalkan subsidi yang besar dan meluaskan asas pendapatannya untuk meningkatkan keyakinan pelabur di negara ini, dengan ringgit Malaysia didagangkan menghampiri paras terendah 26 tahun.
Anwar, yang memulakan tugas pada akhir 2022, telah bergelut dengan penurunan penarafan kelulusan di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan kos.
Pada masa ini, kerajaan menyerap sebahagian besar harga bahan api dan minyak masak untuk rakyat, membebankan tabung negara Asia Tenggara.
Kerajaan merancang untuk mengecilkan defisit belanjawannya kepada 4.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar tahun ini, daripada 5 peratus pada 2023.
Negara bercadang untuk melepaskan subsidi menyeluruh untuk bahan api RON95 - petrol termurah dan paling biasa digunakan di Malaysia - yang merupakan sebahagian besar daripada RM81 bilion (S$23 bilion) yang dibelanjakan untuk pemberian tahun lepas.
Terdahulu, Rafizi dipetik sebagai berkata, 2024 akan memperlihatkan usaha kerajaan kepada pelaksanaan dasar dan dengan penubuhan pangkalan data utama (PADU) pada Januari tahun ini dengan memberikan akses kepada data granular yang diperlukan untuk melaksanakan program bersasar seperti rasionalisasi atau reformasi kebajikan sosial.
Agensi
Wed Apr 17 2024
Rafizi turut menjelaskan, kerajaan perlu "menguruskan urutan" pemotongan subsidi, dengan risiko inflasi meningkat walaupun sebelum ia dilaksanakan. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Thomas: Malaysia muncul naib juara Kumpulan D
Malaysia melolosi Kumpulan D Piala Thomas selaku naib juara apabila tunduk 2-3 kepada Denmark, sebentar tadi.
10 Berita Pilihan - (30 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak di bawah bidang kuasa negeri - Mohd Na'im
Hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai adalah di bawah bidang kuasa negeri.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
FAM buat persiapan awal aksi menentang Krygystan, Taiwan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat perancangan awal dalam usaha membantu skuad Harimau Malaya mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.
Tumpuan Rabu - 01 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024
Matrade menyasar untuk menampilkan 150 syarikat Malaysia di CAEXPO 2024 yang akan berlangsung di Nanning, China dari 24 hingga 28 Sept, 2024.
Malaysia perlu guna kepakaran, sumber secara kolektif bagi memacu industri halal - Tengku Zafrul
Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dan sumber secara kolektif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam industri halal.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
KL20 2024: Malaysia berusaha tarik masuk ‘unicorn’ - Rafizi
Kemasukan syarikat 'unicorn' ke dalam negara mampu mencipta pekerjaan yang berkemahiran dan bernilai tinggi.
Persediaan dua tahun lebih awal, PKR pastikan Anwar kekal sebagai PM
Bagi tujuan itu, dua kerangka baharu dilancarkan iaitu kerangka pemerkasaan organisasi parti (POP25) dan kerangka kerja kemas 16 (KEMAS16).
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.
Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.
Sidang KL20 April ini pacu Malaysia sebagai hab pemula niaga, modal teroka - Rafizi
Rafizi berkata, ini juga sejajar dengan kedudukan Kuala Lumpur ketika ini yang berada dalam kelompok 47 teratas global.
Parlimen: Lebih 2 juta cubaan akses PADU sehari berjaya dipatahkan - Rafizi
Rafizi menegaskan cubaan berkenaan yang dikesan dari luar negara berjaya dipatahkan dan masih gagal ditembusi, setakat ini.
PADU mahu bantu kumpulan pertengahan capai kemajuan ekonomi lebih pantas - Ketua Perangkawan
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diperkenalkan bukan semata-mata tertumpu kepada memastikan subsidi diberikan kepada kumpulan berpendapatan rendah.
Pendaftaran PADU meningkat mendadak kepada 7.7 juta - Rafizi
Pangkalan Data Utama (PADU) menyaksikan peningkatan yang mendadak dalam kadar pendaftaran sepanjang minggu lepas.