awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Thailand lulus langkah baharu untuk tingkat sektor pelancongan

Bernama
Bernama
01/06/2024
08:45 MYT
Kerajaan Thailand lulus langkah baharu untuk tingkat sektor pelancongan
Malaysia termasuk dalam senarai 93 negara yang disenaraikan oleh Kementerian Luar Thailand, bersama Vietnam, Indonesia, Brunei dan Filipina. - Gambar fail
BANGKOK: Thailand telah mengumumkan langkah baharu untuk memudahkan sektor pelancongan, membolehkan pelancong Malaysia masuk tanpa visa atau mendapatkan visa semasa ketibaan, dengan tempoh penginapan sehingga 60 hari.
Jurucakap kerajaan Thailand Chai Wacharonke menyatakan bahawa Kabinet telah meluluskan beberapa langkah kemudahan visa untuk meningkatkan sektor pelancongan.
Ini termasuk pengecualian visa, memperluas senarai visa semasa ketibaan dan memperkenalkan kategori visa baharu.
Bermula 1 Jun, pelawat dari 93 negara, meningkat berbanding 57 sebelumnya boleh memasuki Thailand tanpa keperluan visa untuk tempoh sehingga 60 hari.
Selain itu, senarai negara yang layak untuk visa semasa ketibaan akan meningkat kepada 31 daripada 19 negara.
Bagi nomad digital yang mencari penginapan jangka panjang dan bekerja dari jauh di Thailand, tempoh sah visa akan dilanjutkan daripada 60 hari kepada lima tahun, dengan setiap penginapan sehingga 180 hari.
Langkah lain termasuk membenarkan pelajar universiti asing tinggal selama setahun selepas tamat pengajian dan melonggarkan keperluan insurans untuk pesara asing yang tinggal lama.
Malaysia termasuk dalam senarai 93 negara yang disenaraikan oleh Kementerian Luar Thailand, bersama Vietnam, Indonesia, Brunei dan Filipina.
Menurut Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, negara itu menerima lebih 14.32 juta pelancong setakat minggu lepas dan berhasrat untuk menarik sekurang-kurangnya 35 juta ketibaan pelancong asing pada tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan thailand
#rakyat Malaysia
#sektor pelancongan
#Visa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan