awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak akan berkompromi hal keselamatan dan mengancam sensitiviti antara kaum - Najib

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
18/09/2015
03:30 MYT
Kerajaan tidak akan berkompromi hal keselamatan dan mengancam sensitiviti antara kaum - Najib
NAJIB: Kerajaan mewujudkan Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi memberi ruang kepada rakyat untuk bersuara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, perhimpunan Bersih 4 diharamkan kerana objektifnya untuk menjatuhkan Kerajaan dan diadakan berhampiran tempat persiapan perarakan Hari Kebangsaan.
Najib berkata, perhimpunan itu bagaimanapun tetap diteruskan tanpa sekatan pihak berkuasa.
“Kerajaan mewujudkan Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi memberi ruang kepada rakyat untuk bersuara.
“Ia berikutan, jika tidak diberikan ruang, rakyat akan mencari jalan lain untuk menyuarakan pendapat mereka,” katanya dalam rakaman audio yang dimuat naik di laman NajibRazak.com hari ini.
Mengulas mengenai perhimpunan ‘baju merah’, perdana menteri menjelaskan, mereka tidak berniat menjatuhkan kerajaan, tiada persiapan perarakan semasa demonstrasi serta telah mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL.
"Saya dimaklumkan oleh pihak polis bahawa kebenaran diberikan kerana pertama, mereka tidak berniat menjatuhkan Kerajaan dan kedua, tiada persiapan perarakan berlangsung di tempat mereka mahu berdemonstrasi dan ketiga, mereka telah mendapat kebenaran DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).
"Sebab itulah apabila mereka menceroboh kawasan larangan, pihak berkuasa telah bertindak menyuraikan mereka walaupun terpaksa menggunakan meriam air," kata Najib.
Bagaimanapun, tegasnya, kerajaan tidak akan berkompromi dengan hal keselamatan dan tindakan-tindakan yang mengancam sensitiviti kaum lain.
Polis juga katanya sedang menyiasat mereka yang terlibat mencetuskan unsur perkauman dan sesiapa yang bersalah tetap akan didakwa di bawah Akta Hasutan.
"Himpunan Rakyat Bersatu" dengan memakai baju merah berlangsung di Padang Merbok di ibu negara pada Rabu lalu, diterajui Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) yang dianjurkan sebagai tindak balas membantah perhimpunan Bersih 4 di kawasan sekitar Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos lepas.
Topic Berkaitan
#Akta Perhimpunan Aman 2012
#Baju Merah
#bersih 4
#Himpunan Rakyat Bersatu
#Najib Razak
#najibrazak.com
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan