KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan bertindak berat sebelah dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau berkata, tidak ada mana-mana individu atau pihak yang 'kebal' atau kewujudan dua darjat dalam penguatkuasaan SOP.
"Kerajaan tidak kira siapa. Menteri ke Perdana Menteri, siapa yang melanggar (SOP) dan memang nyata ada bukti-bukti ikut undang-undang maka mereka tidak akan terlepas daripada dikenakan hukuman, kompaun, charge (pendakwaan) dan sebagainya," katanya dalam program Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 Eksklusif Bersama YAB Perdana Menteri yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama TV pada malam Ahad.
Bagaimanapun beliau berkata dengan jumlah 30 juta penduduk Malaysia, pihak berkuasa juga tidak dapat memantau jumlah yang begitu ramai itu dan ada yang akan dilihat seolah-olah terlepas dari hukuman.
Oleh itu, Perdana Menteri meminta rakyat supaya elak daripada melakukan kesalahan melanggari SOP kerana SOP dibuat bukan untuk menyekat kebebasan termasuk hak asasi manusia.
Beliau juga meminta rakyat supaya memberi kerjasama dengan mematuhi SOP demi untuk menjamin kesejahtera semua.
Mengenai ketidakpatuhan SOP, Perdana Menteri berkata setiap tindakan yang diambil mestilah bersandarkan undang-undang, jika yang berlaku adalah sebaliknya, seseorang yang dikenakan tindakan SOP boleh mencabar tindakan itu.
"Kalau ada orang buat kesalahan, kita (kerajaan) hendak ambil tindakan untuk dia dikenakan hukuman. Macam kes-kes sekarang. Selebriti ke siapa ke. Saya tak nak sebut nama, ia mesti bersandar undang-undang.
"Apa kuasa hendak tangkap atau kenakan kompaun RM10,000? Pasal itu SOP bersandarkan undang-undang dan diwartakan. Kalau tidak diwartakan, tidak sah. Ini cerita yang tidak ramai orang tahu.
"Sebab itu kalau kerajaan buat keputusan hendak buat SOP, selagi tidak diwartakan ia belum boleh dikuatkuasakan," katanya lagi.
Muhyiddin menjelaskan semua SOP yang dikeluarkan telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak statik, sebaliknya ia dinamik kerana dibuat mengikut kesesuaian dalam menangani situasi semasa pandemik COVID-19.
Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berasaskan kepada faktor dinamik tersebut menyebabkan SOP berubah-ubah dan ia bukanlah dibuat dengan sewenang-wenangnya.
“Kita (kerajaan) tidaklah statik (mengenai SOP PKP), tetapi dinamik. Kita ikut keadaan situasi yang memerlukan kita membuat adjustment untuk menangani situasi yang berbeza-beza. Contoh (sebelum ini) dibenarkan restoran menerima pelanggan masuk makan, kemudian tidak boleh pula.
"Saya minta maaf kalau ada yang agak keliru. MKN yang menentukan (SOP) itu. Bukan dibuat sendiri, ia melalui rundingan. SOP tidak dibuat oleh MKN sewenang-wenang," katanya.
Muhyiddin berkata beliau memahami rungutan rakyat yang melihat seolah-olah SOP berubah-ubah namun ia disebabkan oleh situasi keadaan COVID-19 itu sendiri yang berubah.
"Kalau tidak faham juga boleh tanya dan kita sudah minta menteri-menteri untuk beri penjelasan, pegawai-pegawai beri penjelasan. Pemimpin community yang ada program empowerment pun sudah diberi penerangan supaya mereka bantu menjelaskan situasi dan keadaan,” katanya.
Beliau menjelaskan kerajaan negeri juga tidak mempunyai kuasa untuk meminta mengubah SOP kerana kuasa terletak kepada kerajaan Persekutuan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) Kementerian Kesihatan atau Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Astro Awani
Sun May 23 2021
Perdana Menteri meminta rakyat supaya elak daripada melakukan kesalahan melanggari SOP kerana SOP dibuat bukan untuk menyekat kebebasan termasuk hak asasi manusia. - Gambar fail
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.
PM Anwar rai rakan sejawat Xanana Gusmao dalam majlis makan tengah hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatanya dari Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao, pada majlis makan tengah hari.
Banjir: PM umum RM50 juta peruntukan tambahan bagi Kelantan, Terengganu
Perdana Menteri umum peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan banjir.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
ADUN Pas mohon maaf dakwa PM individu 17 terkaya di dunia
ADUN Pas, Mohd Yusni Mat Piah memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara pemimpin terkaya di dunia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.