KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menjadikan pengambilan dos penggalak sebagai syarat wajib buat masa ini untuk melengkapkan dos vaksin COVID-19 bagi rakyat negara ini.
Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang berkata seperti vaksin dos pertama dan kedua, pengambilan dos penggalak adalah secara sukarela.
“Walaupun peratusan (penerimaan) dos penggalak agak perlahan iaitu hanya 10.83 peratus sahaja setakat ini, tetapi kita tidak boleh jadikan booster (dos penggalak) sebagai wajib.
“Tetapi dengan munculnya varian yang membimbangkan (VOC) Omicron, kita sarankan agar dos penggalak ini diambil,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Steven Choong Shiau Yoon (Bebas-Tebrau) mengenai sama ada Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjadikan dos penggalak sebagai syarat lengkap vaksin COVID-19 susulan terdapat 30 hingga 40 peratus penerima dua dos vaksin menolak untuk mengambil dos penggalak.
Menjelas lanjut, Aaron berkata KKM akan terus giat melaksanakan langkah dan kempen bagi memastikan penerima dos lengkap vaksin menerima dos penggalak.
Menjawab soalan asal Dr Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) mengenai kajian dan data yang dirujuk KKM dalam memutuskan tentang keperluan dos ketiga, Aaron berkata ia hasil analisis interim yang melaporkan terdapat 10 peratus iaitu 55 kes daripada 551 petugas kesihatan mendapat jangkitan selepas menerima vaksin lengkap Comirnaty dalam tempoh tiga hingga enam bulan.
Beliau berkata dalam satu kajian lagi iaitu RECoVaM (The Real-World Evaluation of COVID-19 Vaccines under the Malaysia National COVID-19 Immunisation Program) yang dijalankan ke atas 14,500,984 individu yang menerima dos lengkap, terdapat jangkitan dan kadar keseluruhan adalah 1.30 antara 100 orang.
“Separuh daripada kesemua breakthrough Infections (mendapat jangkitan) berlaku dalam tempoh 30 hari, kadar breakthrough infection meningkat dengan peningkatan hari sejak penerimaan dos lengkap vaksin dan kadar jangkitan adalah 5.20 peratus hingga 5.32 peratus dalam tempoh 120 hari selepas dos lengkap,” katanya.
Sementara itu, Aaron berkata sehingga 30 Nov lepas, penerima dos penggalak adalah seramai 2,457,510 orang atau 10.83 peratus daripada jumlah penduduk dewasa yang telah menerima dos lengkap.
Beliau berkata dos itu diberikan kepada individu dewasa berumur 18 tahun dan ke atas dengan keutamaan kepada kumpulan rentan serta berisiko tinggi bagi memastikan perkhidmatan kesihatan negara terus berfungsi dalam tahap optimum.
Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) mengenai perkembangan serta kepentingan suntikan dos penggalak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 02 2021

Seperti vaksin dos pertama dan kedua, pengambilan dos penggalak adalah secara sukarela.- Gambar hiasan

Final Liga Europa: Borre pimpin kebangkitan Frankfurt muncul juara
Eintracht Frankfurt merangkul trofi Eropah pertama mereka dalam tempoh 42 tahun selepas kemenangan penentuan penalti 5-4 ke atas Rangers.

Keselamatan makanan: Bank Dunia umum pembiayaan US$30 bilion
Pembiayaan adalah untuk sektor seperti pertanian, pemakanan, perlindungan sosial dan air bagi tempoh 15 bulan akan datang.

Muthu; wanita yang menyamar 36 tahun sebagai lelaki
Dia mendakwa penyamaran tersebut berlaku selepas dirinya terpaksa menjadi janda pada usia seawal 20 tahun selepas kematian suami.

AWANI Ringkas: Pacu pembangunan ekonomi Asia Tenggara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penghantar makanan mengaku salah hantar bahan lucah di Instagram
Tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

DUN Sarawak: Kapit bakal ada terminal bas dilengkapi pusat komersial baharu
Kementerian Pengangkutan Sarawak sudah mengenal pasti satu tapak untuk membangunkan sebuah pusat komersial baharu di bandar Kapit dilengkapi Terminal Bas Ekspres yang lebih kondusif.

IMF yakin ekonomi Malaysia akan berkembang 5.75 peratus pada 2022
Ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.75 peratus pada 2022, dipacu oleh permintaan dalam negeri yang terpendam dan permintaan luar yang terus kukuh.

AS buka semula kedutaannya di Ukraine
AS akan terus menyokong kerajaan dan rakyat Ukraine yang sedang berdepan konflik dengan Rusia.

Krisis Rusia-Ukraine punca kekurangan makanan dunia
Jabatan Negara AS mendedahkan pada 2021, lebih daripada 193 juta orang di seluruh dunia mengalami kekurangan makanan yang kritikal.

Perdana Menteri rasmi Jelajah AKM Sabah esok
Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia merupakan program jelajah pertama anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di Sabah tahun ini.

30.2 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,906,035 atau 93.4 peratus telah lengkap menerima vaksinasi.

30 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Seramai 1,646,257 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Kes HFMD catat peningkatan mendadak, 28,957 kes di seluruh negara - Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, angka itu direkodkan pada Minggu Epid ke-19, iaitu sejak Januari lalu sehingga semalam.

28 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,596,416 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Syor terkini KKM berhubung pengambilan dos penggalak kedua, rawatan antiviral Paxlovid
Individu berusia 60 tahun ke atas boleh terima dos penggalak kedua bagi tempoh empat hingga enam bulan selepas menerima dos pertama.

27.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,580,723 kanak-kanak lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksin COVID-19: Colombia tawar warga emas dos penggalak kedua
Dos penggalak kedua terdiri daripada sama ada separuh dos vaksin Moderna atau dos penuh vaksin Pfizer-BioNTech.

Lebih 870,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 43.3 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Lebih 860,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,536,766 kanak-kanak lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

806,532 kanak-kanak Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,518,923 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.