awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak mansuh subsidi serentak - Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Bernama
Bernama
16/10/2023
13:51 MYT
Kerajaan tidak mansuh subsidi serentak - Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kerajaan tidak akan memansuhkan subsidi dengan serentak, sebaliknya akan melaksanakan proses itu secara beransur-ansur, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan memansuhkan subsidi dengan serentak, sebaliknya akan melaksanakan proses itu secara beransur-ansur, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.
Beliau berkata langkah memansuhkan semua subsidi dalam satu masa akan meningkatkan kos sara hidup dan menjejaskan pertumbuhan perniagaan dan pelaburan di negara ini.
Menurutnya pada masa ini kerajaan sedang mengkaji untuk menarik balik beberapa subsidi sementara secara beransur-ansur.
"Seperti mana yang telah dijelaskan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam pembentangan belanjawan baru-baru ini, antara yang telah dirancang adalah penarikan subsidi ayam dan telur selepas mengambil kira keadaan pembekalan yang telah stabil.
"Kerajaan juga meneruskan subsidi bersasar untuk tenaga elektrik dan selanjutnya diesel," katanya kepada pemberita selepas sesi perbincangan pasca Belanjawan 2024 anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia serta Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya di sini hari ini.
Perbincangan itu menyediakan platform kepada Kementerian Kewangan untuk menyatakan bagaimana pendekatan dalam Belanjawan 2024 dijangka menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi kepada rakyat, namun menegaskan perlu dibuat penyasaran supaya ketirisan dapat dielakkan dan memastikan hanya rakyat yang layak sahaja mendapat manfaatnya.
-- BERNAMA
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#subsidi
#Belanjawan 2024
#Ketua Setiausaha Perbendaharaan
#Johan Mahmood Merican
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan