Kerajaan tidak akan menaikkan kadar cukai bagi menampung kekurangan dana pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cara itu bukan jalan penyelesaian, sebaliknya kerajaan akan mengkaji isu itu bagi mencari jalan penyelesaiannya.
Beliau berkata masalah berkaitan kekurangan dana pinjaman PTPTN bukan hanya menjadi masalah di kalangan pelajar masyarakat India tetapi juga dialami semua kaum.
"Kami mendengar. Rakyat Malaysia tidak suka membayar cukai. Mereka hanya suka cuti umum, makanan, tapi tak suka bayar cukai lebih," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional turut memaklumkan bahawa kerajaan India mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 28 peratus.
"Tolong ingat itu. Kita (di Malaysia) baru kena 6 peratus pun dan riuh-rendah bising, marah kerajaan," katanya.
"Najib berkata peningkatan kos barangan bukanlah salah kerajaan sebaliknya tindakan peniaga menaikkan harga dan kemudian menyalahkan kerajaan atas masalah itu.
"Sebanyak 165 negara dalam dunia (melaksanakan GST), India 28 peratus. Jadi orang India Malaysia tak boleh nak complain (merungut)," katanya, sambil disambut dengan gelak tawa dan tepukan kira-kira 4,000 anggota MIC termasuk 1,500 perwakilan.
GST mula dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan sebanyak 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cara itu bukan jalan penyelesaian, sebaliknya kerajaan akan mengkaji isu itu bagi mencari jalan penyelesaiannya. - Gambar fail/BERNAMA
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
MBI setuju kurangkan lagi cukai taksiran
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersetuju untuk mengurangkan lagi kadar baharu cukai taksiran.
Cukai rokok, penguatkuasaan ketat mampu tingkat hasil negara
Rokok dan vape, kedua-duanya mendatangkan mudarat kepada kesihatan. Persoalannya, adakah dengan menaikkan cukai ke atas vape akan membuatkan perokok beralih kepada vape?
MoF keluarkan soalan lazim mengenai cukai digital
Kementerian Kewangan (MoF) hari ini mengeluarkan soalan lazim mengenai pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital diimport yang akan bermula pada 1 Januari, 2020.
Kerajaan tidak naikkan kadar cukai tampung kekurangan dana PTPTN
Kerajaan tidak akan menaikkan kadar cukai bagi menampung kekurangan dana pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).