MALAYSIA
Kerajaan tidak pinggir pembangunan negeri-negeri tertentu - PM Anwar

Perdana Menteri menjawab soalan pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberikan beberapa projek keutamaan selari dengan Pelan Strategik Semikonduktor termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) menerusi Kerangka Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030).
Ringkasan AI
- Kerajaan memberi keutamaan kepada projek strategik seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) selari dengan Pelan Strategik Semikonduktor dan NIMP 2030, tanpa meminggirkan negeri lain.
- Peruntukan pembangunan bagi negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis meningkat secara signifikan antara tahun 2022 hingga 2025.
- Projek besar seperti Lebuh Raya Pan Borneo dan Sabah Sarawak Link Road menunjukkan komitmen kerajaan dalam pembangunan menyeluruh di bawah Kerangka Ekonomi MADANI.
"Kalau kita lihat untuk Sabah, tahun 2022 berbanding 2025, untuk perbelanjaan pembangunan peningkatan agak mendadak dari RM5.2 bilion naik kepada RM6.7 bilion. Sarawak dari RM4.7 bilion tahun 2022 kepada RM5.9 bilion, Terengganu dari RM1.4 bilion naik ke RM1.8 bilion,
"Bagi Kelantan RM2.4 bilion naik ke RM3.2 bilion manakala Kedah dari RM1.6 bilion naik kepada RM2.2 bilion dan Perlis dari RM0.4 bilion kepada RM0.6 bilion," kata beliau pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai adakah benar perancangan projek pembangunan infrastruktur oleh Kerajaan Persekutuan hanya tertumpu kepada negeri-negeri tertentu dan meminggirkan sebahagian yang lain sebagai contoh projek E-ART Wilayah Iskandar Johor dan Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dan sebagainya.
Jelas Anwar lagi, peruntukan pembangunan negeri di era Kerajaan MADANI bukan dipinggirkan malah ditambah berdasarkan keperluan.
"Tetapi tentunya untuk Sabah dan Sarawak berdasarkan pakej pembangunan lebuh raya itu jumlahnya besar umpamanya Lebuh Raya Pan Borneo Sabah umpamanya RM15.9 bilion manakala untuk Sabah Sarawak Link Road itu hampir RM10 bilion," katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami