Kementerian Kerja Raya sedang melihat kemungkinan membina jalan raya alternatif di Sarawak tanpa melalui Brunei bagi memudahkan perjalanan pengguna jalan raya di sana.
Menterinya, Baru Bian berkata satu pilihan yang sedang difikirkan ialah menggunakan Jalan Marudi ke Lawas kerana cadangan laluan itu boleh dilencongkan tanpa perlu melalui Brunei.
"Saya berharap kerajaan sekarang faham dan akan bersetuju dengan rancangan ini untuk lima tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penghargaan Pfizer Malaysia Health Fellows di sebuah hotel di sini, hari ini.
Baru berkata, cadangan itu kali pertama dibangkitkan beliau sendiri semasa sesi penggulungan bahas untuk Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat baru-baru ini dan akan disusuli tidak lama lagi kerana rancangan ini akan membawa manfaat kepada penduduk di kawasan pedalaman seperti Baram, Limbang dan Lawas.
Beliau berkata, pada masa ini, pengguna jalan hanya mempunyai satu pilihan melalui jalan darat dari Miri ke Limbang atau sebaliknya dengan menyeberangi sempadan Brunei yang merupakan sebahagian daripada fasa kedua Lebuhraya Pan Borneo.
BACA: Baru Bian puas hati Pan Borneo di Sarawak ikut jadual
Baru yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ba'Kelalan berkata antara masalah yang dihadapi oleh pengguna jalan raya dari Malaysia ialah undang-undang ketat yang dikenakan oleh negara jiran seperti cermin gelap pada kenderaan.
Untuk rekod, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah sudah menyuarakan isu ini di media tempatan tahun lepas dan mahukan Kerajaan Persekutuan melakukan sesuatu selepas ramai pengguna jalan raya di Malaysia dikenakan saman kerana cermin gelap terutamanya mereka yang sering ke Limbang dan Brunei.
Hasbi mencadangkan isu itu dibincangkan antara Kerajaan Malaysia dan Brunei kerana ada pemilik kenderaan terpaksa mengeluarkan RM180 untuk membayar saman kepada agensi penguatkuasaan Brunei walaupun dalam kes tertentu, cermin gelap itu memang dipasang oleh pengeluar kenderaan.
Selain daripada undang-undang lalu lintas yang ketat, pengguna jalan raya dari Sabah dan Sarawak perlu melalui lapan tempat pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin jika mereka memandu dari Sarawak ke Sabah menerusi Brunei. -- Bernama
Bernama
Sun Aug 05 2018
Pada masa ini, pengguna jalan hanya mempunyai satu pilihan melalui jalan darat dari Miri ke Limbang atau sebaliknya dengan menyeberangi sempadan Brunei. - BERNAMA/Fail
'Tiada kartel dalam Lembaga Maktab Mahmud'
Video yang ditularkan semula itu sudah disunting dan diubah suai daripada video sebenar serta tiada kakitangan yang diturunkan pangkat seperti yang dinyatakan.
KESUMA ikrar laksana latihan kemahiran bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berikrar akan berusaha sebaik mungkin untuk pelaksanaan latihan kemahiran bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia.
Stres tempat kerja wujud, perlu kemahiran tanganinya
Stres di tempat kerja sememangnya wujud, tetapi perlukan kemahiran untuk menanganinya.
Pakar Psikologi Kaunseling UPNM, Prof Datuk Dr Mohd Fadzil Che Din berpandangan jika stress tidak ditangani ia akan menyebabkan seseorang individu merasa tertekan yang boleh menjurus kepada masalah kesihatan mental.
Pakar Psikologi Kaunseling UPNM, Prof Datuk Dr Mohd Fadzil Che Din berpandangan jika stress tidak ditangani ia akan menyebabkan seseorang individu merasa tertekan yang boleh menjurus kepada masalah kesihatan mental.
Boleh guna kad debit & kredit di semua kaunter khidmat pelanggan - Rapid Rail
Pengguna perkhidmatan pengangkutan awam rel kini boleh menggunakan kad debit atau kredit di semua kaunter khidmat pelanggan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), bermula Selasa.
Sistem pendidikan ketinggalan, MASA gesa kerajaan tidak bersikap pasif
Kerajaan digesa untuk mengambil tindakan segera dan tidak hanya bersikap pasif terhadap laporan Bank Dunia bertajuk “Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundational Skills” yang memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan tahap awal di Malaysia.
Gaji penjawat awam akan dinaikkan dengan kadar lebih 13 peratus
Kenaikan gaji Penjawat Awam akan meningkat lebih 13 peratus yang akan melibatkan peruntukan lebih RM10 billion.
Perkara ini akan dilaksanakan bermula Disember 2024.
#AWANInews
Perkara ini akan dilaksanakan bermula Disember 2024.
#AWANInews
Kepentingan pekerja Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan
Kerajaan Sabah dan Sarawak telah bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Labour Ordinance Cap 67) dan Sarawak (Ordinan Buruh Sarawak - Bab 76) untuk diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.
RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
#AWANInews
RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
#AWANInews
Pendapatan penjawat awam lebih RM2,000 sebulan di bawah SSPA baharu
Pada masa ini, jumlah pendapatan minimum, meliputi gaji dan elaun tetap penjawat awam sedia ada adalah RM1,795 sebulan.
Di bawah SSPA yang sedang diperincikan, Kerajaan akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.
#AWANInews
Di bawah SSPA yang sedang diperincikan, Kerajaan akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.
#AWANInews
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang baharu tidak terpakai untuk semua
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang baharu melihat aspek menyeluruh dan tidak terpakai untuk semua.
"Kalau rekod kerja tidak membanggakan, malas, sering lambat, tidak memberi tumpuan yang baik, mereka akan dipantau dan tidak diberi ganjaran seperti yang dijanjikan," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
"Kalau rekod kerja tidak membanggakan, malas, sering lambat, tidak memberi tumpuan yang baik, mereka akan dipantau dan tidak diberi ganjaran seperti yang dijanjikan," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
Pemimpin kerajaan perlu akur dengan SSPA
Mana-mana pemimpin yang memegang tampuk kepimpinan negara, perlu akur bahawa penjawat awam perlu diberikan sokongan dengan menambahbaik sistem saraan perkhidmatan awam (SSPA).
Laluan Buduk Nur, Ba Kelalan berbahaya, perlu dibangunkan segera - Baru Bian
ADUN Ba'Kelalan, Baru Bian berharap jalan raya menghubungkan Buduk Nur dengan sempadan Kalimantan, Indonesia dinaik taraf secepat mungkin kerana terlalu berbahaya untuk dilalui kenderaan.
[RASMI] PRU15: Henry Sum Agong menang di Lawas, tewaskan Baru Bian
Henry Sum Agong berjaya mempertahankan kerusi P.222 Lawas meskipun berdepan calon 'heavyweight', Baru Bian.
PRN Sarawak: Baru Bian kekal penguasaan di Ba'kelalan
Baru Bian yang bertanding atas tiket Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh 2,687 undi menewaskan pencabar terdekatnya Sam Laya dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan majoriti 680 undi.
PRN Sarawak: Masyarakat Lun Bawang Ba'kelalan bersama saya - Baru Bian
Baru yang dalam misi mempertahankan kerusinya di Ba Kelalan tidak risau dengan pilihan sejumlah 8,503 pengundi kawasan tersebut biarpun berdepan empat pencabar.
PRN Sarawak: Dua bekas menteri persekutuan antara 69 calon PSB
Dua bekas menteri persekutuan merupakan antara 69 calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) diletakkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
PRN Sarawak: Lebih ramai lebih meriah, Baru Bian sedia pertahan DUN Ba'kelalan
Baru Bian bersedia mempertahankan kerusi DUN Ba'Kelalan yang dimenanginya sejak dua penggal lalu.
PRN Sarawak: Perbincangan kerjasama PH-PSB tergendala - PKR Sarawak
Permintaan agihan kerusi yang bertindih jadi punca rundingan PH dan PSB di Sarawak tergendala buat masa ini.
Percepatkan PRN Sarawak tindakan tidak bertanggungjawab - Baru Bian
Tindakan Gabungan Parti Sarawak untuk mempercepatkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.
Baru Bian positif COVID-19, tidak hadir persidangan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian mengesahkan beliau tidak dapat menghadiri sidang Parlimen yang bermula esok kerana disahkan positif COVID-19.
Siapa Ketua Menteri Sarawak kalau PSB menang PRN12?
Adakah Datuk Seri Wong Soon Koh atau Baru Bian akan dicalonkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu dari Parti Sarawak Bersatu (PSB)?