awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan timbang kemungkinan wujud Majlis Penghukuman - Wan Junaidi

Bernama
Bernama
06/10/2022
13:43 MYT
Kerajaan timbang kemungkinan wujud Majlis Penghukuman - Wan Junaidi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata majlis itu akan menjadi sebuah badan awam bebas, sama seperti Sentencing Council yang terdapat di United Kingdom. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menimbang kemungkinan mewujudkan Majlis Penghukuman, yakni sebuah badan khas yang disasar bagi memupuk ketelusan dan konsistensi yang lebih baik dalam menjatuhkan hukuman, sebagai salah satu cara mereformasi sistem keadilan jenayah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata majlis itu akan menjadi sebuah badan awam bebas, sama seperti Sentencing Council yang terdapat di United Kingdom.
"Ini bagi menggalakkan ketelusan lebih baik dan konsistensi dalam menjatuhkan hukuman, di samping mengekalkan kebebasan badan kehakiman," katanya dalam ucapan semasa melancarkan buku Edisi Keempat Datuk Dr Baljit Singh Sidhu bertajuk "Criminal Litigation Process" di sini, hari ini.
Beliau berkata satu lagi isu yang sedang dipertimbangkan adalah agenda reformasi penjara, dengan kerajaan sedang mengkaji untuk memastikan sebarang hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan konsep keadilan pemulihan.
"Ini bagi memastikan hak semua pihak dilindungi dan terjamin, sekali gus meningkatkan dinamik sistem keadilan jenayah Malaysia," katanya.
Merujuk kepada buku karangan Baljit, Wan Junaidi berkata penerbitan edisi ke-4 itu menjadi testimoni kepada kepentingan perkara mengenai prosedur jenayah dan proses perbicaraan dalam pengurusan keadilan jenayah.
Beliau berkata pengurusan keadilan jenayah boleh menjadi satu proses yang mencabar kerana ia melibatkan pelbagai mekanisme dan petugas.
"Selain itu, ia memerlukan pengimbangan yang teliti terhadap hak-hak individu di satu pihak dan perlindungan masyarakat di pihak lain. Sebagai ahli dalam soal undang-undang, adalah penting bagi kita untuk mengambil tindakan yang perlu untuk melaksanakan keadilan dan membanteras ancaman jenayah apabila ia muncul.
"Sesiapapun tidak boleh berbuat demikian tanpa terlebih dahulu memahami sejarah serta keadaan semasa undang-undang jenayah negara," katanya.
Wan Junaidi berkata kekurangan pengetahuan mengenai undang-undang dan prosedur yang diguna pakai turut membantutkan proses perundangan.
"Justeru perlu ada penerbitan yang komprehensif yang masih mengekalkan bahasa yang mudah supaya dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat untuk memahami hak dan kewajipan mereka, skop undang-undang, dan membincangkan bagaimana ia boleh diperbaiki, " katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Penghukuman
#sentencing council
#badan khas
#sistem keadilan jenayah
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan