awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebimbangan meningkat terhadap kemungkinan penggantungan perkhidmatan MSF di Gaza
OIC sambut baik fasa kedua pelan damai, pembentukan jawatankuasa Palestin
Naim Moktar hargai sokongan padu GRS dalam kempen PRK Kinabatangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tunggu laporan penuh mansuh hukuman mati mandatori

Hilmi Malik
Hilmi Malik
10/12/2019
04:40 MYT
Kerajaan tunggu laporan penuh mansuh hukuman mati mandatori
Liew bercakap pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2019 di Kuala Lumpur hari ini. - Astro AWANI / HILMI MALIK
Kerajaan masih menunggu laporan penuh daripada Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori berhubung cadangan pemansuhan hukuman berkenaan yang bakal diserahkan Januari depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, setakat ini terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi sebelum cadangan itu dibentangkan di peringkat kabinet.
"Sepatutnya laporan itu dapat pada Disember ini, namun sedikit lewat memandangkan terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi," katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2019 di sini hari ini.
Pemansuhan berkenaan juga dikatakan berkaitan dengan kesalahan dadah melibatkan jumlah kuantiti dadah yang dimiliki seseorang individu sebelum disabitkan hukuman.
Menurut Liew, langkah itu bertujuan untuk memberikan budi bicara kepada hakim untuk menjatuhkan hukuman mati atau hukuman alternatif berdasarkan fakta kes.
Pada 29 Ogos lalu, media melaporkan kerajaan bersetuju supaya Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori ditubuhkan bagi mengkaji secara keseluruhan dasar penghukuman bagi menggantikan hukuman mati mandatori dengan hukuman yang lebih wajar, tertakluk kepada budi bicara Mahkamah.
Ahli Jawatan Kuasa khas itu diketuai Bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum, dianggotai sembilan ahli.
Terdapat 33 kesalahan di bawah akta sedia ada yang membawa kepada hukuman mati dengan 11 daripadanya adalah mandatori.
Daripada 11 kesalahan itu, sembilan adalah jenis kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan dua lagi mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Topic Berkaitan
#Akta Senjata Api
#budi bicara hakim
#Dadah
#hukuman alternatif
#Hukuman Gantian
#hukuman mati
#hukuman mati mandatori
#jawatankuasa khas
#Kajian
#Kanun Keseksaan
#laporan
#Liew Vui Keong
#mansuh
#Richard Malanjum
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan