awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tunggu maklumat penuh varian baharu COVID-19 di UK - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
22/12/2020
11:23 MYT
Kerajaan tunggu maklumat penuh varian baharu COVID-19 di UK - Ismail Sabri
Mengenai virus baharu di UK seperti disebut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ismail Sabri berkata pemantauan sedang dilakukan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan akan mengumumkan tindakan susulan selepas mendapat maklumat penuh daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung penularan varian baharu virus COVID-19 di United Kingdom (UK).
Beliau berkata, KKM akan membuat penelitian dan pemantauan terhadap kaedah penularan virus itu sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Seperti yang kita tahu bukan sahaja UK, tetapi kita masih menutup pintu sempadan kepada seluruh negara kecuali sebab dan keadaan tertentu,
"Maknanya secara keseluruhannya, kita masih tutup pintu sempadan kita," katanya pada sidang media khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Selasa.
Mengenai virus baharu di UK seperti disebut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ismail Sabri berkata pemantauan sedang dilakukan.
"Insya-Allah kita akan dapatkan laporan dalam mesyuarat MKN. Jika perlu tindakan, kita akan umumkan sama ada saya atau Ketua Pengarah Kesihatan (akan umumkan).
"Ia setelah pemantauan dibuat terhadap kes virus itu yang begitu cepat merebak.
"Kita teliti perkara ini dan biar KKM buat penilaian risiko dan kita akan umumkan tindakan seterusnya," katanya.
Dalam sidang media yang sama, Ismail Sabri secara peribadi berpendapat khidmat National Task Force (NTF) membabitkan kawalan sempadan perlu diteruskan biarpun kes COVID-19 direkod menurun serta terkawal.
Ismail Sabri berkata, pendatang asing tanpa izin (PATI) yang membolosi kawalan sempadan bukan sahaja boleh mengakibatkan peningkatan kes COVID-19, malah menyumbang kepada kes jenayah rentas sempadan.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#MKN
#PKP
#COVID-19
#UK
#pandemik
#varian baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan