awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan umum empat langkah intervensi tambahan tangani isu beras - Mohamad Sabu

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
02/10/2023
08:38 MYT
Kerajaan umum empat langkah intervensi tambahan tangani isu beras - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berkata, antara intervensi itu adalah pemerkasaan edaran BPT menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama). - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan empat langkah interversi tambahan termasuk menyerap harga beras putih import (BPI) bagi menangani masalah kekurangan bekalan beras putih tempatan (BPT) dalam pasaran.
Menteri Pasaran dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerajaan juga akan menumpukan pemerkasaan edaran BPT menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).
"Kerajaan mengarahkan Fama untuk meningkatkan kapasiti pengedaran beras putih tempatan ke kawasan luar bandar termasuk ke kedai-kedai runcit," katanya dalam sidang media khas di sini, pada Isnin.
Selain itu, tiga lagi intervensi itu adalah:
  • Kerajaan memutuskan agar harga harga BPI diserap oleh Kerajaan mulai 5 Oktober 2023 bagi membolehkan BPI diperolehi dengan harga runcit RM31 bagi setiap 10 kilogram (kg). Ini memandangkan pengeluaran BPT di Sabah dan Sarawak adalah terhad.
  • Perolehan baharu beras di bawah kontrak kerajaan menggunakan BPI. Ini bermaksud semua pembekal akan menggunakan BPI dengan mendapatkan bekalan pada harga borong RM3,200 (harga pintu gudang) dalam kampit 50kg tertakluk kepada syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Ini bagi memberi keutamaan pembekalan BPT kepada rakyat.
  • Melancarkan Pasukan Petugas Khas Bersepadu Penguatkuasaan Operasi BPT (Op BPT) yang melibatkan Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
  • Kos Sara Hidup (KPDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).
Op BPT ini akan memberi fokus kepada pemeriksaan dan penguatkuasaan di kesemua peringkat rantaian pembekalan BPT.
Kerajaan laksana empat langkah intervensi
Sementara itu, Mohamad menambah, empat intervensi itu dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan bersamanya, pada pagi Isnin.
Justeru beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat pembelian panik sebaliknya membeli seperti biasa dan mengikut keperluan.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, fenomena kenaikan harga beras ini bukan hanya berlaku di Malaysia malah turut melibatkan negara serantau.
Menurutnya, sebanyak 19 negara mengambil ketetapan untuk membataskan eksport ke negara luar untuk memberi keutamaan kepada rakyat sendiri.
"Sebagai contoh negara India telah mengenakan sekatan eksport beras mulai Julai lalu dan telah memberi kesan kepada kenaikan harga beras putih global," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#FAMA
#beras tempatan
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan