KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan berusaha sedaya-upaya untuk meringankan beban rakyat khususnya golongan belia dan mahasiswa di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ia bagaimanapun tertakluk kepada keupayaan dana kerajaan.
Sehubungan itu beliau berkata kerajaan akan berbincang sebelum memutuskan sama ada inisiatif program eBelia Rahmah yang diagihkan kepada golongan belia berusia 18 sehingga 20 tahun akan diteruskan atau tidak.
"Kita tangguh (keputusan sama ada untuk teruskan atau tidak) sehingga awal tahun depan untuk kita kaji semula, berapa pendapatan daripada kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia), kita ada Ketua Pengarah Kastam yang baharu, lebih dinamik, lebih garang.
"Hasil pun kian bertambah, kemudian saya dapat tahu LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia) pun hasilnya bertambah. Kalau hasil bertambah, Insya-Allah kita akan belanja dengan baik," katanya pada sesi dialog sempena penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Program eBelia Rahmah 2023 adalah pemberian kredit e-tunai RM200 kepada belia yang berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) bertujuan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dan meringankan beban kewangan golongan belia yang mula dituntut dari 26 Jun hingga 22 Ogos lepas.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dibangkitkan wakil Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berkaitan inisiatif eBelia Rahmah.
Sementara itu, Anwar berkata kerajaan akan meningkatkan kemudahan asas di universiti-universiti awam di negara ini secara berperingkat menggunakan beberapa kaedah kerana peruntukan tahun ini lebih menjurus kepada golongan yang lebih memerlukan.
Beliau berkata kemudahan itu termasuk tandas dan liputan rangkaian telekomunikasi 5G di asrama, selain memberi jaminan terdapat projek tambahan di peringkat universiti.
Menjawab rungutan pelajar mengenai Menu Siswa Rahmah dengan hidangan RM3.50 tidak dilaksanakan di beberapa universiti, Perdana Menteri mengarahkan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menyemak semula dengan semua universiti berhubung perkara itu.
Sementara itu Anwar menjelaskan kerajaan kini dalam usaha meningkatkan mutu latihan kejuruteraan, pendidikan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dan kecerdasan buatan (AI) bagi memenuhi keperluan industri serta pelabur, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk.
"Jadi, seluruh program pendidikan...harus juga dirombak, saya bicara dengan Fadhlina Sidek (Menteri Pendidikan)...KPT (Kementerian Pendidikan Tinggi) supaya memenuhi keperluan semasa. Latihan itu harus cepat berganjak.
"Yang penting sekarang ialah bentuk latihan dan kita minta supaya semua universiti, sistem pendidikan negara menuju ke situ," katanya.
Anwar turut meluahkan perasaan resah apabila permainan sentimen perkauman diteruskan di negara ini oleh segelintir pihak sedangkan tumpuan perlu diberikan terhadap isu ekonomi, AI, pelaburan dan transisi tenaga yang memerlukan tenaga anak muda.
"Jangan diheret untuk bincang perkara-perkara yang lapuk, jumud, merosakkan, timbul kebencian antara satu sama lain, tiada (isu) lain ke, bersyarah sahaja benci orang itu, laknatkan orang ini, maki orang itu," katanya yang turut meminta anak muda untuk tidak membenarkan penghasut sebegitu mendapat perhatian, malah memfokus kepada perancangan teknologi, AI dan mutu pendidikan negara.
Beliau juga meminta pelajar untuk menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta bahasa lain seperti Tamil dan Mandarin merentasi kaum.
Sesi dialog berkenaan turut menyaksikan penyertaan kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023
Anwar (dua, kiri) pada sesi soal jawab semasa menghadiri majlis penutup Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto Bernama
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).