KERANCUAN atau campur aduk penggunaan bahasa kebangsaan oleh penyampai radio tempatan sangat membimbangkan.
Komunikasi dan interaksi penyampai radio tidak mencapai satu standard bahasa sebagai seseorang yang profesional dalam mengemudikan slot di radio, terutamanya di stesen radio saluran berbahasa Melayu.
Mereka seolah-olah tidak peka dan prihatin dengan sensitiviti masyarakat yang memandang tinggi martabat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia.
Berkomunikasi dalam bahasa yang bercampur-aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris sering kali melihatkan betapa lemahnya penggunaan bahasa penyampai radio.
Penggunaan bahasa rojak ini seolah-olah satu lesen besar kepada penyampai radio untuk menarik perhatian pendengar. Tidak terlihat ketegasan jati diri penyampai radio saluran berbahasa Melayu ini apabila bahasa yang digunakan dilanggar norma penggunaannya.
Dasar Bahasa Kebangsaan yang menjadi satu daripada dasar yang utama di Malaysia telah digubal sebelum merdeka lagi dan secara rasminya telah diisytiharkan apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, melalui Perlembagaan Persekutuan meliputi Sabah dan Sarawak pada tahun 1963 apabila terbentuknya Persekutuan Malaysia.
Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Bahasa kebangsaan merujuk pada peranan bahasa Melayu sebagai asas jati diri bangsa Malaysia.
Bahasa rasmi pula merujuk pada peranan bahasa Melayu sebagai unsur penting yang menggerakkan pentadbiran kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.
Maka jelas, penggunaan bahasa Melayu itu hendaklah betul daripada segi sebutan dan tatabahasanya waima dalam konteks media massa.
Penggunaan bahasa kebangsaan di stesen radio tempatan yang dilabel sebagai saluran rasmi kerajaan tidak begitu membimbangkan kerana kebanyakan penyampai radio yang dilantik merupakan individu yang mempunyai latar belakang bahasa yang baik sama ada bahasa kebangsaan mahupun bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
Mungkin mereka telah diberi garis panduan pengendalian slot di dalam konti radio, kerana radio merupakan saluran rasmi media elektronik selain televisyen.
Wabak yang menjadi virus pada penyakit merancukan bahasa ini ialah apabila stesen radio swasta melantik penyampai radio dalam kalangan selebriti.
Selebriti yang mengendalikan slot-slot di radio yang konon diharap dapat menarik perhatian pendengar demi mencapai rating dan ranking terbaik sebenarnya menjadi daya penolak pendengar yang cinta akan bahasa kebangsaan.
Yang lebih banyak terhidang dalam slot mereka ialah gelak tawa dan gurau senda yang tidak memberi ilmu kepada pendengar. Mereka tidak mampu membawa isu yang serius dalam medium yang santai.
Kebanyakannya langsung tidak mempunyai latar belakang ilmu penyiaran yang baik, apatah lagi dengan penggunaan bahasa kebangsaan yang lemah sehingga sanggup menodai bahasa ibunda sendiri dengan penggunaan bahasa Inggeris yang kononnya memperlihatkan kebijaksanaan mereka menggunakan istilah Inggeris.
Hilang jati diri, hilang kebijaksanaan maka hilanglah rasa hormat para pendengar.
Tidak dinafikan bahawa pendengar yang mendengar radio ada masanya tidak mahu mendengar isu yang memberatkan fikiran. Boleh dikatakan, 90 peratus pendengar radio mendengar radio semasa memandu bagi memenuhi ruang perjalanan mereka.
Rancangan yang dihidangkan di stesen radio pula kebiasaannya bersifat bicara santai, bual bicara, berita, muzik dan informasi.
Apa pun menu yang dihidangkan, bukanlah pokoknya. Isunya ialah gaya penyampaian berbahasa oleh penyampai radio. Adakah wajar segmen yang santai disampaikan dengan lenggok bahasa di warung kopi?
Penyampai radio seharusnya mempunyai ilmu bahasa perantara yang baik dan mempunyai ilmu kemahiran bertutur dan berinteraksi dengan pendengar dengan menggunakan bahasa yang betul.
Merancukan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris tidak mendidik masyarakat pendengar menjadi golongan masyarakat yang mampu memartabatkan bahasa kebangsaan. Penyampai radio kurang prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul semasa mengendalikan rancangan.
Pihak pengurusan stesen radio juga sewajarnya memberi garis panduan yang jelas tentang kaedah penyampaian di radio.
Tidak semata-mata memberi kerjaya tersebut hanya kerana penyampai itu individu yang menghiburkan atau kerana kepopularannya. Penyampai radio seharusnya bijak mengawal tutur bicara daripada merancu dan merepek.
Jika isu merojakkan bahasa ini tidak dipandang serius bagaimana harus Malaysia ini menjadi sebuah negara yang kukuh jati dirinya, kerana bahasa itu ialah cabang utama jati diri seseorang warga.
Radio mampu menjadi medium yang mendidik masyarakat menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dan baik jika penyampainya tidak memandang lewa akan penggunaan bahasa dalam segmen pengendaliannya.
Pengisian yang bermoral dan berilmu perlu dikekalkan selain pengendalian berbahasa yang menepati kesempurnaan penyampainya.
* Azura Halid merupakan pejuang Bahasa Melayu yang kini berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan.
** Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Azura Halid
Sat Jan 12 2019

Berkomunikasi dalam bahasa yang bercampur-aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris sering kali melihatkan betapa lemahnya penggunaan bahasa penyampai radio. -Gambar hiasan

Usah jadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik - Agong
Semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Usaha tarik minat kanak-kanak membaca perlu lebih kreatif - Nancy
Galakkan kanak-kanak memilih bahan bacaan sebagai sumber maklumat utama berbanding media sosial supaya mereka belajar untuk berfikir.

Ahli UMNO perlu terbuka kehadiran Anwar ketika PAU 2023 - Ahmad Maslan
Akar umbi UMNO perlu berlapang dada menerima kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai tetamu kehormat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023.

Empat kanak-kanak mati lemas ketika memancing
Empat kanak-kanak maut dalam sebuah kejadian air pasang yang berlaku di sebuah pantai di Quebec pada Sabtu.

Aksi 'Superman', langgar lampu merah, remaja lelaki maut rempuh kereta
Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar lampu isyarat merah dan merempuh sebuah kereta di Lebuhraya Tun Dr. Lim Choong Eu berhampiran Astaka Seagate di Bayan Lepas.

Intervensi seawal mungkin penting bagi pendidikan murid berkeperluan khas
Dr Mastura berkata penilaian kualiti secara keseluruhan agak kompleks kerana terdapatnya institusi prasekolah yang tidak berdaftar.

Pengaruh kaum Melayu Islam penting dalam pentadbiran - Abdul Hadi
Dakwaan Anwar bahawa kestabilan negara itu bergantung kepada dasar pentadbiran yang dibawa dan bukannya dengan jumlah Ahli Parlimen sesebuah etnik adalah tidak tepat, kata Hadi.

Van bawa jenazah terbalik di LPT1
Sebuah van jenazah membawa jenazah seorang wanita terbalik dalam kemalangan di Kilometer 128.6 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini awal pagi Ahad.

Gempa bumi sederhana landa Papua di timur Indonesia
Gempa bumi dengan magnitud 5.4 melanda Papua wilayah timur Indonesia pada Ahad, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.

Remaja lelaki hilang di Sungai Terengganu ditemui lemas
Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Terengganu, dekat Kampung Dusun, Jumaat lepas ditemukan lemas hari ini.

Duta Malaysia ke China martabatkan penggunaan Bahasa Melayu di China
Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin, menyumbangkan sebanyak 33 buah buku Bahasa Melayu terbitan DBP kepada SISU dalam usaha memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu di republik itu.

UPSI, UniSZA jalin kerjasama dengan universiti ternama, daulat Bahasa Melayu di London
Ia sebahagian usaha menjadikan Malaysia sebagai pengantarabangsaan pusat pengajian tinggi tanah air dan hab pembangunan bakat.

Pensyarah Jepun kuasai bahasa Melayu dalam tempoh dua tahun
Natsue Hieda mengakui, dari sudut linguistik, bahasa Melayu mempunyai tatabahasa dan kosa kata yang agak mudah berbanding bahasa lain.

Warga M'sia ajar fardu ain, bahasa Melayu percuma kepada kanak-kanak Thailand
Abdul Halim mula mengajar kanak-kanak berusia antara lima hingga lapan tahun sejak 12 tahun lepas.

Pertahan Bahasa Melayu tidak bererti perkauman - Wan Ahmad Fayhsal
Tindakan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mempertahankan ucapan dalam Dewan Rakyat tidak boleh dilihat sebagai perkauman.

KPT bangun pelan tindakan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membangunkan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu (PTMBM) 2023-2030 di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Hilangnya bahasa kita di ibu kota: Kolotkah kalau tidak bercitra tempatan?
Penggunaan bahasa Inggeris di tempat awam bukanlah lambang kita berada di zon antarabangsa atau puncak globalisasi.

Tingkat martabat bahasa Melayu - Awang Sariyan
Cadangan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk mengangkat teks Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Melayu sebagai teks sahih merupakan perkembangan yang amat baik.

AG saran teks BM jadi versi rasmi Perlembagaan Persekutuan
Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun hari ini mencadangkan agar edisi Perlembagaan Persekutuan yang diterjemah ke Bahasa Melayu menggantikan teks asal dalam Bahasa Inggeris sebagai versi rasmi.

Mengapa bunuh "oleh?"
Perkataan "oleh" adalah "kata sendi nama" untuk menunjukkan pembuat dalam ayat-ayat pasif.