awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerani didenda RM500, tinggi suara kepada Ketua Polis Perak

Sinar Harian
Sinar Harian
23/09/2025
07:45 MYT
Kerani didenda RM500, tinggi suara kepada Ketua Polis Perak
Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan juga memerintahkan tertuduh, Abang Fikri Abang Mohd Tawfik, 37, menjalani hukuman penjara tujuh hari jika gagal membayar denda itu. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang lelaki didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Ipoh selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkelakuan tidak senonoh dengan meninggikan suara terhadap Ketua Polis Perak dalam kejadian Mei lalu.
Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan juga memerintahkan tertuduh, Abang Fikri Abang Mohd Tawfik, 37, menjalani hukuman penjara tujuh hari jika gagal membayar denda itu.
Tertuduh yang bertugas sebagai kerani di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam Pejabat Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak jam 1.30 tengah hari pada 26 Mei 2025.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 90 Akta Polis yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM500 atau penjara tidak lebih enam bulan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Nishaalini manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), G Harbhajan Singh.
Mengikut fakta kes, tertuduh telah datang ke IPK Perak untuk berjumpa dengan Ketua Polis Perak bagi mengetahui status kertas siasatan tatatertib yang dibuka terhadapnya pada tahun 2017.
Tertuduh bertindak melulu masuk ke Pejabat Ketua Polis Perak dan mengamuk sebelum meninggikan suara kepada Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin.
Laporan polis dibuat terhadap lelaki itu dengan tangkapan dilakukan pada hari sama. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Perak
#kerani marah CPO
#hukuman denda
#Noor Hisam Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan