awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerani firma guaman didakwa pecah amanah

Bernama
Bernama
12/12/2023
09:59 MYT
Kerani firma guaman didakwa pecah amanah
Hakim Datin Sabariah Othman membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Jan depan untuk sebutan kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang kerani firma guaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM31,460 milik firma guaman itu, dua tahun lepas.
Nur Atikah Razali, 32, didakwa melakukan pecah amanah wang yang diamanahkan kepadanya di firma guaman tersebut di Brickfields di sini, antara 14 Jan dan 21 April 2021.
Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 14 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak tidak menawarkan jaminan atas alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, pendakwaan mohon agar tertuduh diikat jamin RM15,000.
Nur Atikah, yang tidak diwakili peguam memohon jaminan tersebut dikurangkan.
Hakim Datin Sabariah Othman membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Jan depan untuk sebutan kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerani
#firma guaman
#pecah amanah
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan