awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerani pusat khidmat rakyat didakwa bersetubuh dengan anak tiri

Sinar Harian
Sinar Harian
30/05/2024
11:05 MYT
Kerani pusat khidmat rakyat didakwa bersetubuh dengan anak tiri
Lelaki berusia 34 tahun itu membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Norshila Kamaruddin. - Gambar hiasan
AMPANG: Seorang kerani di pusat khidmat rakyat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan dengan anak tiri perempuannya berusia 17 tahun, minggu lalu.
Lelaki berusia 34 tahun itu membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Norshila Kamaruddin.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan berkenaan, sedangkan hubungan mereka tidak membenarkan perkahwinan di bawah undang-undang atau agama.
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah flat pada 20 dan 21 Mei lalu, mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Norhasimah Hashim mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan, tertuduh tidak boleh tinggal bersama mangsa.
“Dia juga perlu melaporkan diri di balai polis terdekat dan tidak boleh mengganggu anak tirinya itu, termasuk saksi-saksi pendakwaan,” katanya.
Bagaimanapun, peguam, Wan Afifah Che Bakar yang mewakili tertuduh, merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin sebanyak RM5,000 kerana perlu menanggung isteri dan tiga anak, berusia tiga, enam serta tujuh tahun.
“Saya difahamkan, atas saranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa telah dihantar ke rumah ibu saudaranya,” katanya.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Norshila membenarkan tertuduh diberi ikat jamin, mengikut jumlah dan syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 4 September depan untuk sebutan semula kes. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#sumbang mahram
#anak tiri
#hukuman mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan