awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerani rugi lebih RM113,000 terperdaya pulangan lumayan 120 saat

Sinar Harian
Sinar Harian
24/06/2023
05:09 MYT
Kerani rugi lebih RM113,000 terperdaya pulangan lumayan 120 saat
Seorang wanita nekad menggunakan wang simpanan dan meminjam daripada ahli keluarga untuk menyertai pelaburan dalam talian ditawarkan kenalan warga negara asing dengan pulangan lumayan hanya dalam tempoh 120 saat.
KUANTAN: Seorang wanita nekad menggunakan wang simpanan dan meminjam daripada ahli keluarga untuk menyertai pelaburan dalam talian ditawarkan kenalan warga negara asing dengan pulangan lumayan hanya dalam tempoh 120 saat.
Mangsa berusia 37 tahun yang bertugas sebagai kerani melabur sebanyak RM113,875 namun harapan untuk menikmati keuntungan 10 peratus yang dijanjikan lebur selepas mendapati pelaburan itu sebenarnya tidak wujud.
Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, mangsa berkenalan dengan suspek yang mengakui sebagai warga Taiwan melalui aplikasi Instagram pada awal Mei lalu.
Menurutnya, suspek yang berjanji datang ke negara ini untuk menemui mangsa telah menawarkan pelaburan secara dalam talian melalui aplikasi JPEX untuk membantu wanita itu menjana wang dalam mata wang dolar Amerika Syarikat.
"Mangsa hanya memerlukan modal serendah RM1,000 namun pulangan keuntungannya 10 peratus dalam masa 120 saat.
"Terpedaya dengan tawaran keuntungan lumayan itu, mangsa melabur RM113,875 melalui 11 transaksi bayaran ke enam akaun bank berbeza dalam tempoh dua minggu bermula 2 Jun lalu," katanya melalui satu kenyataan pada Sabtu.
Yahaya berkata, mangsa menyedari ditipu apabila gagal menerima keuntungan dijanjikan malah wang pelaburannya turut lesap.
Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.
"Sekiranya ingin membuat pelaburan, buat semakan atau mendapatkan maklumat dari pihak polis dan Bank Negara bagi mengelak menjadi mangsa pelaburan yang tidak wujud," ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelaburan
#sindiket
#scam
#kerani rugi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan