NATIONAL
Kerani rugi lebih RM649,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

Mangsa telah membuat transaksi menggunakan wang simpanannya antara 20 Mac hingga 9 Mei lepas ke beberapa akaun syarikat yang diberikan suspek. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang kerani wanita mengalami kerugian lebih RM649,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di laman Facebook.
Ringkasan AI
- Kerugian Besar Akibat Penipuan Pelaburan: Seorang kerani wanita mengalami kerugian lebih RM649,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook dan dipromosikan melalui kumpulan WhatsApp.
- Siasatan & Tindakan Polis: Mangsa menyedari dirinya ditipu setelah pelaburan tidak menghasilkan pulangan seperti dijanjikan. Kes telah dilaporkan kepada polis dan sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
- Nasihat Kepada Orang Ramai: Polis menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati sebelum menyertai skim pelaburan, serta membuat semakan melalui saluran rasmi seperti pautan
"Bagaimanapun, mangsa mula menyedari ditipu selepas membuat semua pindahan wang itu dan pelaburan tersebut tidak mendatangkan pulangan seperti dijanjikan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata wanita itu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, Azry Akmar menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum terlibat dalam sebarang skim pelaburan, terutamanya yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.
"Jangan mudah terpengaruh dan pastikan semua maklumat disemak melalui saluran yang sah seperti pautan https://semakmule.rmp.gov.my bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami