Kerani rugi lebih RM90,000 ditipu sindiket kerja sambilan

Mangsa diperdaya menerusi WhatsApp dan aplikasi Telegram, diminta beli barangan untuk 'menaikkan rating syarikat' dengan janji komisen 20% setiap tugasan. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang kerani wanita kerugian sebanyak RM94,569 selepas diperdaya sindiket tawaran kerja sambilan tidak wujud melalui aplikasi sosial.
Ringkasan AI
- Kerani wanita kerugian RM94,569 selepas diperdaya sindiket tawaran kerja sambilan palsu melalui aplikasi sosial.
- Mangsa diperdaya menerusi WhatsApp dan aplikasi Telegram, diminta beli barangan untuk 'menaikkan rating syarikat' dengan janji komisen 20% setiap tugasan.
- Mangsa menyedari penipuan apabila gagal mendapat kembali wang modal dan komisen, suspek turut minta bayaran tambahan RM50,000; kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Mangsa yang berasal dari Kampung Gelugor Raja, di sini diminta membuat tugasan membeli barangan kononnya untuk menaikkan rating syarikat.
"Mangsa yang teruja dengan komisen agak tinggi telah membuat pembayaran bagi pembelian barang sebanyak RM94,569 ke tujuh akaun bank berlainan menggunakan wang simpanan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Azli berkata mangsa yang bekerja di syarikat swasta menyedari ditipu apabila gagal mendapatkan kembali wang modal dan komisen seperti dijanjikan.
Beliau berkata suspek turut mengarahkan mangsa supaya membuat bayaran tambahan sebanyak RM50,000 bagi mendapat semula wang yang telah dilaburkan.
"Mangsa kemudian telah membuat laporan polis pada 4.49 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


