awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPPP perkasa tadbir urus menerusi Pelan Strategik Pendigitalan 2026-2030
YAPEIM peruntuk RM2.7 juta bagi mangsa banjir 2025
Jabatan Keadilan AS dedah lebih 10,000 fail baharu kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerani rugi RM109,540 terperdaya pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
06/05/2024
08:04 MYT
Kerani rugi RM109,540 terperdaya pelaburan tidak wujud
Yahaya berkata pada mulanya ibu tunggal yang berusia 37 tahun itu telah berminat untuk menyertai skim pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan lumayan menerusi laman Instagram. - Foto Bernama
KUANTAN: Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM109,540 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud dalam talian Mac lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pada mulanya ibu tunggal yang berusia 37 tahun itu telah berminat untuk menyertai skim pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan lumayan menerusi laman Instagram.
Beliau berkata mangsa seterusnya menggunakan sumber kewangan sendiri selain pinjaman daripada rakan dan keluarga telah membuat 41 transaksi ke beberapa akaun bank berbeza.
"Mangsa kemudiannya tersedar telah ditipu selepas suspek meminta pelbagai bayaran tambahan untuk pelaburan tersebut sebelum dia dapat mengeluarkan keuntungan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, beliau berkata mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Yahaya menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud atas talian dan membuat semakan nombor akaun serta telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerani wanita kerugian
#skim pelaburan tidak wujud
#Polis Pahang
#Yahaya Othman
#scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan