awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerani rugi RM685,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian

Bernama
Bernama
09/05/2025
13:49 MYT
Kerani rugi RM685,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Hamzah berkata mangsa hanya menyedari ditipu selepas diminta untuk membuat pembayaran sebanyak 10 peratus daripada jumlah keuntungan RM1.4 juta yang diperolehnya. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Seorang kerani sebuah syarikat swasta di sini kerugian RM685,000 selepas menjadi mangsa sindiket pelaburan dalam talian, baru-baru ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut menerima laporan daripada wanita berusia 60 tahun itu semalam, memaklumkan dirinya ditipu sindiket berkenaan.
"Mangsa memberitahu telah melihat iklan pelaburan berkonsepkan jual beli saham melalui aplikasi Facebook pada Disember tahun lepas, yang menjanjikan pulangan keuntungan tinggi dalam tempoh masa singkat.
"Mangsa yang berminat untuk melabur telah berhubung dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp dan mangsa kemudian dimasukkan dalam satu kumpulan WhatsApp serta diberikan penerangan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamzah berkata mangsa seterusnya diminta untuk memuat turun satu aplikasi dan mendaftarkan keahlian untuk melabur dalam pelaburan terbabit sebelum melakukan 19 transaksi ke dalam empat akaun bank berbeza.
Beliau berkata mangsa hanya menyedari ditipu selepas diminta untuk membuat pembayaran sebanyak 10 peratus daripada jumlah keuntungan RM1.4 juta yang diperolehnya.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WhatsApp
#Facebook
#sindiket
#akaun bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan