awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerani syarikat jualan didenda RM4,500 miliki gambar dan video lucah

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
28/01/2022
03:53 MYT
Kerani syarikat jualan didenda RM4,500 miliki gambar dan video lucah
Asyraf Hafizuddin didakwa di Mahkamah Majistret Kangar pada Jumaat. - Astro AWANI
KANGAR: Seorang kerani syarikat jualan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki lebih 200 gambar, video dan fail format dokumen mudah alih (PDF) lucah, pada penghujung Mac tahun lalu.
Tertuduh, Asyraf Hafizuddin Abdul Jalil, 26 tahun membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Kamaliza Md Zain di Mahkamah Majistret Kangar pada Jumaat.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki 80 gambar lucah, 163 video lucah dan 1 fail PDF lucah di dalam telefon bimbit miliknya.
Kesalahan itu dilakukan di Taman Jelempok Jaya, Kampung Utan Kandis, Arau, Perlis kira-kira jam 11.30 pagi pada 31 Mac tahun lalu.
Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Fazril Sani Mohamed Fadzil manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Asyraf Hafizuddin sebelum itu merayu denda paling minimum dikenakan keatasnya memandangkan ini merupakan kesalahan pertama yang dilakukannya selain baharu sahaja bekerja dan tinggal bersama keluarga mentua yang tidak bekerja.
Majistret kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM4,500, dan tertuduh membayar denda terbabit.
Topic Berkaitan
#gambar lucah
#kerani
#Telefon bimbit
#Mahkamah Majistret Kangar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan