awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan dipersembahkan taklimat pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil
Jasamu kami kenang sampai akhir hayat, kata Afnan Hamimi kepada Muhyiddin
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerbau mati, siasatan bawah kes khianat - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
20/09/2023
03:20 MYT
Kerbau mati, siasatan bawah kes khianat - Polis
Yoovan menunjukkan salah seekor kerbaunya mati di ladang berkenaan. - Foto Sinar Harian
PORT DICKSON: Polis membuka siasatan kes khianat berhubung kematian ternakan kerbau milik seorang pengusaha di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Barisan, Linggi di sini pada Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, polis menerima laporan daripada pemiliknya berusia 24 tahun pada jam 4.30 petang.
"Lelaki itu mengatakan semasa berada di ladang, dia mengesan tiga ekor kerbaunya mati disyaki diracun.
"Ekoran daripada maklumat tersebut, polis telah pergi ke tempat kejadian dan hasil siasatan awal menjumpai tong polisterin berisi cecair yang dipercayai telah diminum oleh ternakan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat ke atas haiwan ternakan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara sehingga tiga tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali.
Justeru itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut diminta salurkan kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Awang Supian Awang Ahmad di talian 06-6472222 atau menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan.
Sebelum ini, media melaporkan pemilik ternakan, G Yoovan Kumar berkata, dia mempunyai 150 ekor kerbau dan selepas diperiksa sembilan daripadanya ditemui mati, manakala 12 hingga 13 lagi masih hilang.
Menurutnya, bangkai kerbau itu ditemui secara berperingkat di lokasi berbeza di sekitar ladang yang menyebabkan dia sekeluarga mengalami kerugian ratusan ribu ringgit. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kerbau
#racun
#khianat
#ladang kelapa sawit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan