awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji tebal perangkap kenderaan, penduduk terkandas di Rusia
Ghislaine Maxwell akan beri keterangan kepada Kongres AS dalam siasatan Epstein
Platform global iktiraf Gobind antara 100 pemimpin AI kerajaan terbaik di dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta dihempap pokok ru, suami isteri selamat

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2020
01:34 MYT
Kereta dihempap pokok ru, suami isteri selamat
Sepasang suami isteri terselamat selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok ru. Foto JBPM
KUALA TERENGGANU:Sepasang suami isteri terselamat selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok ru.
Kejadian berlaku berhampiran jambatan Kuala Ibai, di sini, kira-kira jam 8.20 malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abnihajar berkata ketika kejadian mangsa yang berusia 37 dan 39 tahun dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu.
Katanya, ketika kejadian hujan lebat berserta angin kencang menyebabkan sebatang pokok ru telah tumbang dan menghempap bonet sebuah kereta proton Waja.
Insiden itu juga menghalang pergerakan lalu lintas kerana pokok berkenaan tumbang dan melintang di tengah jalan.
Menurut Rozizah, susulan kejadian itu sebuah jentera bersama sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya ketika bomba tiba, kedua-dua mangsa telah dibantu oleh orang awam.
Susulan kejadian itu pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit bagi kerja-kerja pembersihan pokok berkenaan.
Topic Berkaitan
#kereta
#hempap
#tumbang
#hujan
#suami isteri
#pokok
#Kuala Terengganu
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan