KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak dua kereta mewah dan wang berjumlah RM22,600 milik bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan.
Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan itu yang dibuat mengikut Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak ketiga iaitu OCBC Bank (M) Bhd untuk menuntut sebuah kondominium di Mont Kiara di sini yang disita daripada Loo.
"Saya telah meneliti afidavit dan hujahan kedua-dua pihak dan saya memutuskan bahawa permohonan pihak ketiga untuk menuntut harta tak alih (kondominium) milik responden (Loo) yang disita pada 15 Feb 2021 dibenarkan.
"Manakala permohonan pendakwaan bagi melucut hak tiga lagi harta iaitu sebuah kereta Audi dan sebuah kereta Volkswagen New Beetle yang disita pada 27 Jan 2021 serta wang berjumlah RM22,600 dalam akaun semasa Maybank Islamic Berhad milik responden yang disita pada 2 Feb 2021 dibenarkan," kata hakim itu.
Prosiding itu turut dihadiri peguam Lim Jun Yik mewakili OCBC.
Pada November 2021, pendakwa raya memfailkan notis usul melucut hak dua kereta iaitu Audi dan Volkswagen New Beetle, wang berjumlah RM22,600 serta sebuah kondominium di Mont Kiara di sini milik Loo.
Loo dikatakan seorang daripada sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang turut terbabit dalam skandal kewangan 1MDB serta disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki selepas melarikan diri dan tidak diketahui keberadaannya sehingga kini.
Pada 4 Dis 2018, Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low, Loo, bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tang Keng Chee, bekas pegawai 1MDB, Geh Choh Heng dan sekutu rapat Jho Low, Eric Tan Kim Loong.
Waran tangkap itu dikeluarkan selepas mereka gagal hadir di mahkamah bagi menghadapi tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2023

Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak ketiga iaitu OCBC Bank (M) Bhd untuk menuntut sebuah kondominium di Mont Kiara yang disita daripada Loo. - Gambar fail

Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Peniaga didakwa tipu jual beli kereta
Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdayakan tiga peniaga lain dalam urusan jual beli kereta berjumlah RM30,200, tahun lalu.

Pan Gon puji padang Stadium Sultan Ibrahim
Kim Pan Gon berkata, keadaan padang tersebut membolehkan anak buahnya melakukan permainan pantas, justeru beliau berterima kasih kepada JDT.

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.80 bilion daripada RM52.49 bilion pagi ini.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
50 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Bekas juruteknik mengaku tidak bersalah tujuh pertuduhan rasuah berkaitan permit kerja
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dan seorang penjamin tempatan serta perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Jangan sebab amarah, 'dibunuh' periuk nasi 60 orang - Sharnaaz
Sharnaaz merasakan tindakan tersebut tidak wajar kerana para pelakon serta kru belakang tabir telah berusaha keras untuk menghasilkan sebuah karya yang berkualiti.

Angkasawan UAE sambut Ramadan di angkasa
Angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan alNeyadi, menyambut bulan Ramadan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London
Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu untuk menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.

Malaysia gesa diwujudkan agensi PBB urus isu air
Malaysia mencadangkan diwujudkan sebuah agensi khusus untuk air di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan Agenda Tindakan Air.

Kereta mewah, wang RM22,600 milik bekas peguam 1MDB dilucut hak kepada kerajaan
Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak ketiga iaitu OCBC Bank (M) Bhd untuk menuntut sebuah kondominium di Mont Kiara yang disita daripada Loo.

'Dia kan One Cent Thief' - Netizen gurau Syafiq Kyle guna duit 'rompakan' beli Vellfire
Menerusi video yang dimuat naik penjual kenderaan tersebut, Syafiq dilihat sedang melakukan urusan jual beli bersama individu berkenaan.

Tiga kereta mewah dianggar bernilai RM940,000 dicuri
Tiga kenderaan mewah dianggarkan bernilai kira-kira RM940,000 dilarikan daripada sebuah bengkel di Jalan Damansara, Kampung Bukit Lanjan.

Skim piramid: Tujuh ditahan, kenderaan mewah, wang hampir RM1 juta disita
Seramai tujuh individu termasuk seorang warga Taiwan yang disyaki terlibat dalam aktiviti skim piramid, ditahan menerusi serbuan operasi bersepadu 'Op Reward'.

Porsche musnah terbakar berhampiran Kellie's Castle
Sebuah kereta mewah jenis Porsche musnah terbakar dalam kejadian berhampiran Kellie's Castle, malam ini.

Kereta mewah terjunam sungai, peniaga kafe selamat
Mangsa memberi laluan kepada kenderaan lain dari arah bertentangan sebelum kenderaannya tergelincir ke dalam sungai.

Polis kesan tujuh kereta mewah dipandu berbahaya
Polis sedang mengesan tujuh pemandu kereta mewah bernombor pendaftaran asing yang didapati memandu dan memotong secara berbahaya di Kilometer 42 Jalan Sungai Rengit - Kota Tinggi.

Lelaki ditemui mati dalam kereta mewah
Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati satu mayat lelaki warga tempatan berusia 28 tahun beralamat di Klang, Selangor.

10 terlibat insiden konvoi kereta mewah halang lalu lintas dipanggil petang ini
Kesemua mereka akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pemandu Ford Ranger langgar konvoi kereta mewah ditahan
Ahli perniagaan wanita berusia 28 tahun berasal dari Yong Peng itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai kira-kira 1 pagi.