Seorang wanita di Thailand berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya 'tersangkut' di jambatan gantung gara-gara mengikuti arah jalan menerusi aplikasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).
Insiden berlaku pada Isnin lalu apabila seorang penduduk dikenali sebagai Makun Inchan, 38, cuba menyeberangi jambatan tersebut yang merentasi Sungai Yom di Wiang Thong, Thailand.
Dia nyata terkejut selepas mendapati kereta yang dipandu wanita berkenaan 'tersangkut' di atas jambatan sepanjang 120 meter (m) itu.
Menurut Makun, kereta itu tersangkut sejauh 15m dan satu tayarnya tersepit di celah kayu jambatan.
Sejurus kemudian, Makun membuat laporan sebelum pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan wanita berumur 38 tahun itu daripada kereta sedan miliknya.
Difafahamkan, pasukan penyelamat menggunakan dua traktor untuk menarik kereta mangsa dari jambatan tersebut.
Menurut laporan The Thaiger, wanita itu telah memaklumkan bahawa dia pertama kali menjejakkan kaki di kawasan tersebut kerana mahu melawat rakannya.
"Saya leka melihat GPS dan tidak sedar bahawa terdapat jambatan yang baharu. Saya fikir jambatan itu mampu menampung sebuah kereta sehinggalah kejadian itu berlaku.
"Saya rasa terkejut dan takut kereta saya akan jatuh ke dalam sungai. Saya keluar dari kereta untuk meminta bantuan penduduk tempatan.
"Saya bukannya orang tempatan dan tidak tahu jalan di sini. Saya harap pada masa akan datang, mereka akan letak papan tanda sebagai amaran untuk tidak menggunakan jambatan ini," kata wanita berkenaan. - Sinar Harian/ Agensi
Sinar Harian
Thu Feb 01 2024
Kereta itu tersangkut sejauh 15m di atas jambatan dan satu tayarnya tersepit di celah kayu. - Gambar/ Sinar Harian/ Agensi
Malaysia, UAE memuktamadkan CEPA tahun ini - MITI
Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah mengesahkan komitmen mereka untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA) menjelang tahun ini.
Simpanan air mentah Empangan Malut pada paras bahaya - NADMA
Empangan Malut di Kedah berada pada paras bahaya susulan cuaca panas, iaitu 28.50 peratus hingga semalam.
Perancis pasukan pilihan tetapi pertahanan rapuh
Perancis merupakan salah satu pasukan pilihan untuk memenangi Euro 2024, namun dengan kecederaan kepada pemain utama pertahanan dan prestasi yang tidak begitu baik, mampukah anak-anak buah Didier Deschamps mencipta sensasi.
Kemudahan lebih selesa, nyaman di khemah Arafah dan Mina menanti jemaah
Persiapan khemah jemaah haji Malaysia di Arafah dan Mina kini memasuki fasa terakhir dan dijangka siap sepenuhnya beberapa hari sebelum pergerakan 31,600 jemaah untuk operasi Masyair bermula 8 Zulhijjah.
ISWC 2024: Merungkai cabaran penuaan dan penambahbaikan sistem persaraan
Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2024 memfokuskan isu fenomena penuaan penduduk termasuk penambahbaikan ke atas sistem pencen dan persaraan negara.
Kesuma sasar satu juta pekerja sendiri carum SKSPS tahun ini - Steven Sim
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, unjuran positif itu susulan data daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merekodkan seramai 622 ribu 473 pencarum setakat ini.
Kolaborasi Strategik Domitys Bangsar, IMM CAREHUB untuk warga emas aktif
Dengan kerjasama Domitys Bangsar dan IMM CAREHUB, penghuni warga emas kini boleh merasai suasana yang lebih kondusif dan premium.
Angka korban akibat serangan Israel meningkat kepada 36,550 orang
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak Oktober lepas telah mencecah 36,550 orang.
Warga emas di Malaysia
Warga emas di Malaysia
[TERKINI] Lanjutan reman ibu bapa Zayn Rayyan dilakukan jika perlu
Polis masih siasat dan langkah memanggil bekas pengasuh dan dua ahli keluarga bertujuan membantu siasatan kerana ada beberapa perkara perlukan penjelasan.
Kereta 'sangkut' di jambatan gantung gara-gara GPS
Seorang wanita di Thailand berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya 'tersangkut' di jambatan gantung gara-gara mengikuti arah jalan menerusi aplikasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).
Abang Johari beri jaminan tutup episod tebuk atap, kata PM
Perdana Menteri berkata, Abang Johari turut mengulangi pendirian tegas dan tidak akan bertolak ansur untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya umum akan datang.
GPS kekal kuasai DUN Jepak
Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak pada 8.30 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Bintulu.
Hari pengundian PRK Jepak ibarat duduki 'peperiksaan' - Calon GPS
Iskandar Turkee menyifatkan hari pengundian pada 4 Nov ini ibarat menduduki peperiksaan kenaikan pangkat sewaktu dalam perkhidmatan awam.
PRK Jepak: Manifesto GPS tawar 14 aku janji
Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini melancarkan manifestonya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.
GPS tak mungkin capai kekuatan sekarang tanpa perpaduan ahli
GPS tidak mungkin dapat mencapai kekuatan politik yang dikecapinya sekarang, jika ahlinya gagal memupuk perpaduan dalam kalangan mereka.
Iskandar sudah tahu apa perlu dilakukan di Jepak
Iskandar menjadi pilihan GPS sebagai calon untuk mengekalkan kerusi DUN Jepak dalam PRK ini.
PRK Jepak: BN sedia bantu GPS jika diminta - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak sekiranya diminta berbuat demikian.
PRN: Menteri, Timbalan Menteri GPS akan bantu calon Kerajaan Perpaduan - Abang Jo
Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu dipersetujui susulan mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu malam ini.
GPS putuskan cara bantu Kerajaan Perpaduan dalam PRN enam negeri malam ini - Fadillah
Pucuk pimpinan GPS akan memperincikan strategi kempen bagi menyatakan sokongan kepada calon parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan menjelang PRN nanti.