Usaha mewujudkan kerjasama antara PAS dan UMNO yang semakin ketara sejak kebelakangan ini didorong oleh keretakan dalam pakatan pembangkang.
Pada masa sama, Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed melihat kesepakatan itu akan membawa kelebihan kepada kedua parti berkenaan.
"Semangat kerjasama ini semakin timbul kebelakangan ini mungkin kerana keretakan yang berlaku dalam pakatan pembangkang sendiri mungkin kita boleh katakan UMNO guna peluang keretakan dalam pakatan pembangkang untuk mendekati rakan PAS mereka kerana sebelum ini memang ada persetujuan tidak formal (untuk bekerjasama)," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Katanya, tidak dinafikan kerjasama PAS dan UMNO juga dilihat mampu menawan kembali kerusi-kerusi sebelum ini yang kalah kepada pembangkang selain mengukuhkan kedudukan UMNO di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Pada masa sama, katanya PAS mungkin diberi peluang untuk mentadbir bersama dalam penubuhan kerajaan perpaduan.
"UMNO sebenarnya memang memerlukan sokongan daripada PAS terutamanya bagi menawan kembali kerusi-kerusi yang telah kalah terutamanya di Selangor.
"Sebab itu, kita melihat kerjasama ini memberi lebih banyak ruang dan peluang memenangi semula atau menawan semula negeri itu daripada pembangkang. Di samping itu, mengukuhkan pengaruh UMNO di Kedah, Kelantan dan Terengganu," kata Dr Ahmad Martadha.
Beliau juga melihat kerjasama yang mungkin terjalin dari sudut tidak formal dan bukan dalam kerangka kepartian.
Sebaliknya, menurut beliau ia lebih menjurus kepada sokongan terhadap dasar-dasar UMNO atau kerajaan melibatkan perbincangan berbentuk jawatankuasa.
Namun, Dr Ahmad Martadha melihat kerjasama itu hanya dapat direalisasikan sekiranya agenda hudud tidak dijadikan isu pokok dalam perbincangan antara kedua parti dengan mengambil kira kepentingan parti-parti komponen BN yang lain.
"Saya kira jika kerangka hudud tidak dijadikan perkara pokok dalam perbincangan utama dalam UMNO dan PAS serta UMNO dan parti komponen lain, mungkin kerjasama ini boleh berlaku.
"Ini perkara pokok yang menimbulkan pelbagai halangan dan kerisauan di kalangan komponen BN lain. Saya kira jika agenda hudud tidak dijadikan agenda utama perbincangan, kerjasama itu boleh direalisasikan," katanya lagi.
Beliau juga melihat kerjasama itu mungkin tidak akan berlaku pada peringkat awal ini berikutan menerima tentangan daripada peringkat akar umbi PAS sendiri terhadap usaha parti berkenaan untuk terlibat secara langsung dalam BN.
Tan Su Lin
Sat Dec 19 2015
Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed melihat kesepakatan antara PAS dan UMNO, akan membawa kelebihan kepada kedua parti berkenaan. - Gambar hiasan
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.