MALAYSIA
Keretapi Sarong 2025 meriahkan Jalan Bukit Bintang

Acara turut dianjurkan serentak di tujuh lokasi lain dan mendapat sambutan hangat termasuk daripada pelancong asing, menjadikan Keretapi Sarong sebagai acara kebudayaan ikonik negara. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jalan Bukit Bintang di ibu kota hari ini bertukar menjadi lautan warna-warni apabila ribuan peserta Keretapi Sarong 2025 membanjiri kawasan itu menjelang sambutan Hari Malaysia.
Ringkasan AI
- Ribuan peserta Keretapi Sarong 2025 membanjiri Bukit Bintang dengan busana tradisional sempena sambutan Hari Malaysia, mencerminkan kepelbagaian budaya negara.
- Tema -Serumpun- menekankan perpaduan serantau dan menjadikan acara ini sebagai simbol penyatuan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
- Acara turut dianjurkan serentak di tujuh lokasi lain dan mendapat sambutan hangat termasuk daripada pelancong asing, menjadikan Keretapi Sarong sebagai acara kebudayaan ikonik negara.
“Kami mahu orang ramai rasa bangga dengan budaya masing-masing, dan pada masa yang sama melihat kepelbagaian ini sebagai kekuatan.
"Kemuncak pada tahun ini yang mana saya selalu mengingatkan sempena Hari Malaysia ini supaya rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan sejahtera dan mengekalkan muhibah sesama kita.
''Tahun ini kita mahu menjadikan acara ini lebih luas ke arah semangat Serumpun dan bersempena ASEAN di Malaysia.
"Sudah tentu acara ini menjadi lebih meriah dengan kepelbagaian kaum yang ada di negara kita, " kata Sharmsul Bahrin.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelepasan Keretapi Sarong 2025 di KL Sentral, di sini, pada Sabtu.
Antara pakaian yang menjadi tumpuan termasuk sarung, batik, kebaya, baju kurung, baju Melayu, sari serta busana etnik lain yang memperlihatkan keindahan tradisi masyarakat berbilang kaum.
Kemeriahan semakin terasa apabila peserta turut mempersembahkan tarian tradisional, flashmob dan nyanyian beramai-ramai yang menghiburkan orang ramai termasuk pelancong asing yang terhenti seketika untuk menyaksikan suasana unik itu.
Tema tahun ini, “Serumpun” menekankan mesej perpaduan serantau dan menampilkan kepelbagaian budaya sebagai lambang kekuatan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan usia.
Sharmsul Bahrin berkata, acara ini juga menjadi penanda aras dalam membentuk perpaduan di negara ini.
“Kami mahu orang ramai rasa bangga dengan budaya masing-masing, dan pada masa yang sama melihat kepelbagaian ini sebagai kekuatan.
"Keretapi Sarong membuktikan budaya bukan sekadar warisan, tetapi medium penyatuan,” katanya.
Menurut beliau, sambutan menggalakkan saban tahun menunjukkan Keretapi Sarong telah berkembang menjadi acara kebudayaan ikonik yang kini mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.
Katanya lagi, penyertaan anak muda juga semakin bertambah, membuktikan warisan tradisional mampu terus relevan apabila diangkat dengan pendekatan kreatif dan sesuai dengan zaman.
"Kehadiran ribuan peserta dengan pelbagai pakaian tradisional di Bukit Bintang bukan sahaja menyerikan sambutan Hari Malaysia, malah meneguhkan lagi kedudukan Keretapi Sarong dalam kalendar kebudayaan negara sebagai simbol perpaduan dan kebanggaan rakyat Malaysia," katanya.
Keretapi Sarong 2025 turut dianjurkan serentak di tujuh lokasi lain iaitu George Town (Pulau Pinang), Ipoh (Perak), Kuantan (Pahang), Sungai Petani (Kedah), Pasir Mas (Kelantan), Johor Bahru (Johor), dan Melaka.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami