BAYAN LEPAS: Kerja-kerja menaik taraf dua terminal feri di Pangkalan Raja Tun Uda di Georgetown dan Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Butterworth dijangka siap sepenuhnya sebelum Julai ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng berkata, kerja-kerja di dua terminal tersebut sudah mencapai 90 peratus dan akan dibuka serentak.
Menurutnya, kedua-duanya mempunyai rekaan lebih moden demi memastikan keselesaan penumpang.
"Kedua-dua terminal ini bakal menawarkan suasana seperti berada di lapangan terbang yang serba moden dan canggih. Ketika ini, kerja memasang pendingin udara sedang dijalankan," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri (SPPP) di Teluk Kumbar di sini pada Khamis.
Dalam pada itu, Teik Cheng berkata, jumlah penumpang pejalan kaki yang menggunakan feri laju meningkat 30 peratus sejak peralihan fasa ke endemik.
"Feri laju yang dikhaskan untuk penumpang pejalan kaki selalu penuh pada waktu puncak dengan kebanyakan pengguna adalah dalam kalangan mereka yang bekerja mengikut waktu pejabat.
"Ini adalah perkembangan yang baik sementara menunggu lima buah feri baharu yang akan mula beroperasi pada tahun depan.
"Selain itu, penggunaan feri Ro-Ro untuk membawa motosikal dan basikal sebagai langkah interim juga diterima baik," katanya.
Pada 15 Disember tahun lalu, Teik Cheng mengumumkan perkhidmatan feri di Pulau Pinang untuk kenderaan empat tayar akan dihentikan bermula 1 Januari tahun ini yang mana, feri Ro-Ro untuk kegunaan motosikal dan basikal sahaja.
Ini bermakna, kesemua kenderaan empat tayar tidak lagi boleh menggunakan laluan laut sebagai alternatif untuk ke bahagian pulau atau sebaliknya.
Bermula tarikh itu juga, perkhidmatan feri bagi penumpang, motosikal dan basikal akan diambil alih oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB) daripada Prasarana Malaysia Berhad.
PPSB juga akan menyediakan perkhidmatan katamaran untuk penumpang, motosikal dan basikal bagi menggantikan feri sebelum ini.
Untuk sementara, perkhidmatan bagi penumpang akan menggunakan feri laju manakala untuk motosikal serta basikal menggunakan feri Ro-Ro.
Bermula 1 Januari tahun ini hingga Jun, penggunaan feri laju dan feri Ro-Ro adalah langkah interim sebelum empat katamaran yang akan dijadikan teksi air dan 'vehicle transporter' digunakan.
Bagaimanapun Teik Cheng berkata, bagi mengekalkan nilai sejarah dan elemen ikonik Pulau Pinang, SPPP akan menempatkan dua buah feri ikonik di Tanjung City Marina.
Dua feri tersebut akan diubah suai sebagai restoran dan muzium terapung.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 27 2022
Kerja naik taraf dua terminal feri di Pangkalan Raja Tun Uda dan Pangkalan Sultan Abdul Halim sudah mencapai 90 peratus. Gambar kecil: Tan Teik Cheng
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Kerja naik taraf dua terminal feri Pulau Pinang siap sebelum Julai
Kerja-kerja di dua terminal tersebut sudah mencapai 90 peratus dan akan dibuka serentak.