Tempoh penutupan Terowong Genting Sempah yang sepatutnya berakhir pada 22 Mac ini akan dilanjutkan sehingga akhir Mei depan bagi kerja penyelenggaraan fasa dua di terowong berkenaan.
Naib Presiden Kanan dan Ketua Pengurusan Aset ANIH Berhad Radzimah Mohd Radzi berkata penutupan untuk fasa dua dijangka mengambil masa enam minggu bermula akhir Mac ini sehingga akhir Mei depan.
Bagaimanapun pengguna lebuh raya Kuala Lumpur-Karak tidak perlu bimbang kerana laluan kontra akan diaktifkan di terowong berkenaan sama seperti semasa penutupan fasa pertama, katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
"Untuk fasa pertama, penutupan jalan dibuat dari hari Isnin sehingga Khamis dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang, dan untuk fasa dua pula penutupan masih dilakukan bermula Isnin sehingga Khamis dan dibuka Jumaat, Sabtu serta Ahad, katanya.
Menurutnya kerja penyelenggaraan akan dihentikan pada cuti umum Hari Pekerja dan Hari Wesak bagi melicinkan aliran trafik dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur dan sebaliknya.
"Pengguna lebuh raya ini tidak perlu bimbang kerana penutupan ini dijangka tidak akan menimbulkan masalah kesesakan trafik dan petugas Anih Berhad sentiasa memastikan aliran trafik di terowong berkenaan berjalan lancar," katanya.
Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai LPT boleh melayari laman sosial rasmi iaitu Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan laman twitter @LPTTrafik atau menghubungi talian LPT-Line di 09-5947 111.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2017
Pengguna lebuh raya Kuala Lumpur-Karak tidak perlu bimbang kerana laluan kontra akan diaktifkan di terowong berkenaan. - Foto: panoramio.com
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Kenderaan pengangkut kereta perisai terbalik di Lebuhraya KL-Karak
Ketika kejadian pada 4.48 petang, kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke Gemas, Negeri Sembilan untuk tujuan latihan.
Trafik di Genting Sempah hala Genting Highlands lancar - ANIH Berhad
Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad Radzimah Mohd Radzi, setakat ini tiada penutupan jalan dibuat di lebuh raya berkenaan.
Mayat lelaki dalam guni plastik dijumpai di Genting Sempah
Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan berbungkus dengan guni plastik di kilometer 35 Jalan Gombak Lama, Selangor.
Kerja penyelenggaraan Terowong Genting Sempah dilanjutkan sehingga akhir Mei
Penutupan yang sepatutnya berakhir pada 22 Mac ini akan dilanjutkan sehingga akhir Mei depan bagi kerja penyelenggaraan fasa dua di terowong berkenaan.
Mayat kaki terikat dijumpai di Jalan Gombak Lama
Ketika ditemui, mangsa tertiarap dalam belukar yang terletak di cerun sedalam 15 meter dengan kakinya terikat.