JAKARTA: Agenda kerjasama yang adil dengan mana-mana blok, isu Myanmar, kestabilan rantau dan Islamofobia menjadi antara fokus perbincangan di Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM Retreat), menurut Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata anggota ASEAN ingin mewujudkan kerjasama yang baik dengan pelbagai negara dan blok untuk meningkatkan perdagangan serta menjadi platfom dalam menyelesaikan sebarang masalah.
"ASEAN sentiasa menekankan bentuk kerjasama berdasarkan prinsip adil dan saksama yang dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak," katanya kepada media Malaysia selepas mesyuarat AMM Retreat di sini hari ini.
Zambry berkata hubungan baik yang sedia terjalin dapat dikekalkan tanpa unsur diskriminatif ataupun meletakkan syarat tertentu kepada ASEAN.
Beliau menegaskan pelaksanaan keputusan oleh Kesatuan Eropah menghalang kemasukkan keluaran komoditi dari rantau ini ke pasaran mereka dengan pelbagai halangan dan alasan kurang disenangi ASEAN.
Mengenai Myanmar, Zambry berkata ASEAN terus melakukan 'engagement' dengan seluruh pihak berkepentingan untuk mencari jalan penyelesaian tanpa menetapkan jangka masa.
ASEAN turut berharap satu proses rundingan yang inklusif dapat dijalankan di Myanmar bagi mengembalikan semula demokrasi.
"Kita tidak mahu memberi satu tempoh waktu untuk diselesaikan hal yang begitu komplek dalam politik dan suasana negara berkenaan kerana melibatkan pelbagai pihak dan perundingan," katanya.
Mesyurat yang dipengerusikan Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi itu juga sepakat untuk memastikan rantau ASEAN bebas daripada pertelingkahan dan ancaman 'kuasa besar'.
Menurut Zambry, rantau ini terutamanya Laut Cina Selatan tidak boleh dibenarkan sama sekali menjadi tempat pertempuran baru atau 'flash point' yang menggugat kestabilan.
"Malaysia dan ASEAN perlu memainkan peranan sebagai mediator kalau terjadi sebarang pertelingkahan pada masa akan datang," tegasnya.
Pada mesyuarat itu, Zambry turut mengajak negara anggota untuk sama-sama memerangi sentimen Islamofobia dan kebencian terhadap mana-mana agama agar keharmonian yang wujud dikekalkan.
"ASEAN perlu terus menunjukan contoh teladan yang baik kerana boleh bertoleransi dalam hidup yang berlatarkan pelbagai agama, budaya dan bahasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023

Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) menghadiri Pemukiman Menteri Luar ASEAN (AMM Retreat) di Jakarta hari ini. - Foto BERNAMA

Malaysia gesa diwujudkan agensi PBB urus isu air
Malaysia mencadangkan diwujudkan sebuah agensi khusus untuk air di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan Agenda Tindakan Air.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW: Kenapa pokok bakau?
Sasaran Kumpulan UMW untuk tanam 300,000 pokok bakau di seluruh Malaysia semakin dihampiri.

AWANI Ringkas: Tiada lagi monopoli Puspakom untuk perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Wartawan Belarus di hukum penjara tiga tahun
Sebuah mahkamah di Belarus pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada seorang wartawan kerana mencetuskan kebencian dan perselisihan terhadap penguatkuasa undang-undang.

Banci Ekonomi 2023 juga dapat bantu rakyat buat keputusan
Rakyat boleh membuat keputusan strategik untuk kehidupan mereka berdasarkan data menyeluruh yang terkumpul daripada banci ini.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW hampiri sasaran tanam 300,000 pokok bakau
Setakat 31 Januari tempoh hari, sekitar 174,000 pokok bakau sudah ditanam sejak kempen bermula pada pertengahan 2022.

Tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia - Elon Musk
Sistem pengesahan tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia, kata pemilik syarikat Elon Musk pada Khamis.

China menentang Amerika Syarikat memaksa penjualan TikTok
Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting berkata kerajaan China menentang sebarang perancangan Amerika Syarikat untuk memaksa ByteDance menjual platform media sosialnya, TikTok.

Rohana pulangkan AS$10 juta, tidak tahu sumber dana berkait 1MDB - Sumber SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan pemulangan wang AS$10 juta tersebut ketika dihubungi.

Rohana dilaporkan sudah pulangkan wang AS$10 juta, aset 1MDB
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad, Datuk Rohana Rozhan sudah memulangkan wang AS$10 juta (RM44.26 juta) dan aset dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kerjasama adil antara agenda Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN, kata Zambry
Agenda kerjasama yang adil dengan mana-mana blok, isu Myanmar, kestabilan rantau dan Islamofobia menjadi antara fokus perbincangan di Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM Retreat).

Inklusif, mampan perlu menjadi teras dasar ASEAN - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa supaya kemampanan dan inklusif menjadi teras dasar-dasar ASEAN untuk membina sebuah perkumpulan yang benar-benar bersepadu.