awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama Kerajaan Pusat, negeri tangani isu kualiti air

Bernama
Bernama
07/03/2024
20:30 MYT
Kerjasama Kerajaan Pusat, negeri tangani isu kualiti air
Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan negeri amat penting dalam membincangkan isu kualiti air termasuk merangka strategi bagi pemuliharaan kualiti air sungai, kata Ketua Pengarah Alam Sekitar Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar.
Beliau berkata JAS akan memperhalusi komitmen melibatkan kerajaan negeri dan peringkat nasional berkaitan isu pencemaran yang perlu dilihat secara menyeluruh berhubung perkara di bawah bidang kuasa masing-masing, kerana ia memerlukan perbincangan lanjut bagi penyelarasan supaya isu berkaitan dapat diselesaikan secara holistik.
"Mesyuarat turut membincangkan perkara berhubung peranan dan kebersamaan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam mengawal serta menangani kemerosotan kualiti air sungai di negara ini.
"Mesyuarat juga memberi penekanan berhubung perkara di bawah fungsi dan peranan JAS yang sentiasa memerlukan penambahbaikan secara berterusan bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan JAS memenuhi ekspetasi orang awam," katanya dalam satu kenyataan semalam selepas menghadiri Mesyuarat Pengarah-pengarah JAS 2024.
Wan Abdul Latiff berkata mesyuarat itu turut menjadi platform kepada JAS untuk terus komited dalam merancang rangka kerja berkaitan kawalan punca pencemaran dari pelbagai aktiviti agar ia terus diperkasakan selaras dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Beliau berkata isu berkaitan alam sekitar perlu ditangani secara menyeluruh, mengambil kira data Laporan Kualiti Alam Sekeliling dikeluarkan JAS pada 2023 yang menunjukkan daripada 672 sungai dipantau, 486 sungai atau 72 peratus adalah kategori bersih, 161 sungai (24 peratus) kategori sederhana dan 25 sungai (empat peratus) tercemar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#pencemaran alam sekitar
#Sungai
#kualiti air sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan