awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama kesatuan guru penting salur agenda pendidikan negara - Fadhlina

Bernama
Bernama
09/09/2023
05:16 MYT
Kerjasama kesatuan guru  penting salur agenda pendidikan negara - Fadhlina
Fadhlina beramah mesra bersama peserta dari Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) pada Seminar Pendidikan Madani Memartabat 'Karamah Insani' Membangun Generasi Madani di sini hari ini. - Foto Bernama
NILAI: Kerjasama kesatuan guru penting bagi memastikan agenda pendidikan negara dapat disampaikan lebih menyeluruh hingga ke peringkat akar umbi, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata ini kerana Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa menggunakan saluran kesatuan khususnya melalui Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) menyampaikan maklumat dan dasar KPM.
"Kesatuan guru juga sentiasa komited memperjuangkan isu pendidikan khususnya menyokong serta membantu kementerian dalam melaksanakan agenda pendidikan negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendidikan MADANI Memartabatkan 'Karamah Insani' Membangun Generasi MADANI di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini hari ini.
Mengenai seminar itu, Fadhlina berkata Karamah Insani adalah konsep yang menyatukan segmen Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan secara holistik dan bersepadu.
"Citra peribadi keunggulan guru itu harus bermula dengan mempunyai sifat insani untuk melaksanakan agenda pendidikan manusiawi Malaysia MADANI," katanya.
Katanya nilai insani perlu diterapkan dalam kalangan pelajar seperti empati, rahmah, adil dan ihsan antara satu sama lain.
Seminar itu disertai 350 peserta terdiri daripada ahli kesatuan gabungan Kongres, pensyarah USIM, Pensyarah Kolej PERMATA Insan serta pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam dan IPG Kampus Pendidikan Teknik Nilai.
Sementara itu, Fadhlina sekali lagi mengulangi bahawa kementerian perlu memberi perhatian terhadap cabaran dalam sektor pendidikan terutama isu buli, jenayah seksual dan perkauman.
Justeru, menurutnya nilai cinta perlu diterapkan untuk menghakis segala perkara negatif yang wujud sama ada di luar atau dalam sektor pendidikan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#kesatuan guru
#Kementerian Pendidika
#kongres
#pendidikan negara
#USIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan