Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah berkongsi pengetahuan dengan Akademi Rabdan, sebuah institusi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), mengenai amalan terbaik kedua-dua negara dalam membendung penularan wabak COVID-19.
Kerjasama itu terjalin pada persidangan maya merangkumi tiga tema utama iaitu sistem penguatkuasaan dan pemantauan, kesihatan dan isu antarabangsa selain menekankan hubungan diplomatik antara Malaysia dan UAE.
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamaruddin Jaffar berkata inisiatif itu penting bagi hubungan masa depan dan kerjasama lebih erat dengan sesi tersebut penting bagi kedua-dua pihak mempersiapkan diri bagi menghadapi sebarang situasi mencabar pada masa depan.
"Kami harap ini akan membuka jalan untuk lebih banyak kerjasama antara Malaysia dan UAE," katanya dalam kenyataan berhubung ucapannya pada sesi pembukaan itu pada Khamis.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa UAE, Sultan Mohammed Al-Shamsi berkata negaranya mempunyai hubungan erat dengan Malaysia di mana beliau menekankan keperluan untuk bergerak secara bersama ke hadapan serta berkongsi kepakaran dan ilmu, bukan sahaja menghadapi pandemik COVID-19 tetapi juga krisis lain di masa depan.
Beliau berkata kerjasama sedia ada akan mengeratkan hubungan dua hala bagi menghadapi cabaran semasa.
"Faktor penting lain adalah lokasi strategik kedua-dua negara serta infrastruktur mantap dalam membantu mengurus rantaian bekalan, makanan dan peralatan perubatan," katanya.
Sementara itu Duta UAE di Malaysia, Khalid Ghanem Al Ghaith turut memuji inisiatif itu dengan menambah kedua-dua negara itu mempunyai kerjasama erat melalui perkongsian pengetahuan dalam memerangi COVID-19.
Misalnya, katanya, dari segi bantuan, UAE telah menyumbang bantuan peralatan perubatan iaitu 20,000 unit kit ujian COVID-19 serta pelitup muka dan Malaysia berbalas dengan menyumbang lapan tan makanan kepada negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 13 2020
KAMARUDDIN: Kami harap ini akan membuka jalan untuk lebih banyak kerjasama antara Malaysia dan UAE. - Gambar fail
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Kerjasama Malaysia-UAE dalam tangani isu COVID-19
Kerjasama terjalin pada persidangan maya merangkumi tiga tema utama iaitu sistem penguatkuasaan dan pemantauan, kesihatan dan isu antarabangsa.