awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama MIMOS lahir ahli R,D & C negara

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
31/10/2013
23:45 MYT
Kerjasama MIMOS lahir ahli R,D & C negara
Kerajaan melalui MIMOS memperuntukkan hampir RM3.5 bilion bagi memperkasa penyelidikan,pembangunan dan pengkomersialan (R,D & C) dari Rancangan Malaysia ke 9 (RMK-9) sehingga Ogos 2013.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sepanjang tempoh tersebut, lebih 3,800 projek dihasilkan dan 275 projek dikomersialkan.
"Ia memberi hasil jualan hampir RM2.8 bilion. Sekiranya dipuratakan, setiap projek yang berjaya dikomersialkan dapat menghasilkan jualan sebanyak RM100 juta.
"Ia mencerminkan sektor yang dinamik dan memainkan peranan yang cukup penting dalam memberi manfaat teknologi terkini dan inovasi kepada masyarakat dan organisasi," katanya.
Muhyiddin berkata demikian semasa berucap pada majlis Anugerah Berprestij MIMOS di sini pada Khamis.
Turut hadir, Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi, Datuk Drm Ewon Ebin, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Pengerusi MIMOS, Datuk Suriah Abd. Rahman.
Tujuh individu cemerlang dan satu syarikat menerima anugerah di atas pencapaian di dalam bidang masing-masing yang disifatkan meningkatkan daya saing global Malaysia.
Ia merupakan pengiktirafan tertinggi yang dianugerahkan MIMOS sekali gus memberi penghormatan kepada ahli akademik atau penyelidik yang menyumbang kepada Harta Intelek yang paling kerap dikomersialkan.
Jelas Muhyiddin lagi, faktor modal insan khususnya peranan penyelidik dan saintis merupakan elemen paling utama dalam rangkaian eko-sistem berkenaan.
"Sehubungan itu, Kerajaan terus komited menyediakan pelbagai program di peringkaat sektor pendidikan bagi terus melahirkan modal insan yang berkeupayaaan melaksanakan visi berkenaan.
"Kerajaan juga menyediakan geran penyelidikan di institusi pengajian tinggi awam dan pembiayaan yuran pengajian di peringkat pasca ijazah," ujarnya.
Mengikut perangkaan, dari tahun 2008 sehingga 2012, seramai 73,503 graduan di peringkat Sarjana dan Kedoktoran dihasilkan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta negara.
Topic Berkaitan
#mimos
#Muhyiddin Yassin
#RMK
#Sains
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan