"Seperti berada di tanah air sendiri," itu kata-kata diluahkan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Herman Prayitno apabila ditanya pandangan beliau sepanjang bertugas di negara ini.
Bagi Herman, empat tahun menjadi 'orang tengah' antara Malaysia dan Indonesia dirasakannya berlalu begitu pantas tatkala pelbagai isu dibangkitkan kedua-dua negara dalam tempoh itu.
Biarpun tidak mempunyai latar belakang sebagai seorang diplomat, Herman berkata hasil bantuan dan kerjasama pemimpin dan rakyat di Malaysia telah melancarkan tugas beliau sepanjang berkhidmat di negara ini.
"Selama bertugas di sini, saya dibantu banyak teman daripada pelbagai kementerian seperti Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri dan Imigresen yang membuatkan kerja saya lancar dan tak ada yang perlu dikhuatirkan.
"Ini kerana, kedua-dua negara telah membangunkan kepercayaan dalam menyelesaikan pelbagai masalah untuk mendapatkan situasi menang-menang. Saya menghormati hukum (undang-undang) di Malaysia tetapi masih boleh melindungi hak rakyat Indonesia," katanya ketika ditemui Bernama di pejabat Kedutaan Besar Indonesia di sini, semalam.
Herman yang akan menamatkan tugas pada 31 Jan ini, berkata menerusi kepercayaan berterusan itulah menjadikan beberapa isu dibangkitkan di negara ini, termasuk kemasukan pekerja asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia dapat dikawal dengan baik.
Katanya rundingan baik pelbagai pihak juga membolehkan PATI bermajikan di negara ini, berpeluang memperoleh Kad Pekerja Asing Sementara tidak lama lagi yang dianggapnya mampu menarik minat lebih ramai warga Indonesia untuk bekerja secara sah di Malaysia.
Selain menunjukkan kesepakatan kedua-dua negara, beliau turut mengakui keprihatinan kerajaan Malaysia menerusi rancangan pengampunan atas dasar kemanusiaan yang membenarkan rakyat Indonesia pulang ke kampung masing-masing pada Hari Raya Aidilfitri.
Pihak Kedutaan Besar Indonesia di sini juga, katanya sentiasa menghulurkan kerjasama kepada kerajaan Malaysia bagi memudahkan pendaftaran PATI negara itu menerusi program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin, tahun lepas.
Katanya atas urusan kerja itu juga menjadikan beliau akrab dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika di luar waktu formal, selain sering meluangkan masa bersama beberapa menteri Kabinet yang rapat dengannya.
Antaranya Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Ditanya apakah isu yang perlu diberi perhatian oleh Duta Besar Indonesia ke Malaysia yang baharu, Rusdi Kirana selepas ini, Herman berharap kedua-dua negara dapat menyelesaikan agenda perbatasan darat dan laut serta pekerja yang tidak berdaftar di negara ini dengan segera.
Selain itu, Herman yang bertugas di sini sejak November 2012, berkata isu jerebu yang berpunca dari Indonesia juga bakal diselesaikan tahun ini apabila Presiden Joko Widodo bertegas mahu semua pihak bekerjasama mengawal kebakaran hutan di negara itu supaya tidak mendatangkan mudarat kepada negara jiran.
Mengakui sedih untuk meninggalkan negara ini, Herman berkata beliau pasti merindukan rutin di Malaysia seperti memenuhi undangan sahabat ke majlis keraian, perkahwinan dan bermain golf.
Herman berkata selepas bersara dan pulang ke Jakarta, beliau pasti akan terkenang keenakan nasi lemak, char kuey teow, nasi kandar dan teh tarik yang menjadi makanan wajib baginya di negara ini.
"Saya sangat gembira di Malaysia kerana suasananya tertib, aman dan bagus. Orangnya semua peramah dan terbuka sehingga saya boleh berbicara dan mendapatkan pandangan tentang apa sahaja pasti dibantu.
"Saya juga telah berkunjung ke semua negeri di Malaysia, pulaunya indah dan makanannya enak. Semua ini pasti membuatkan saya rindu untuk kembali ke sini pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2017
Duta Besar Indonesia ke Malaysia Herman Prayitno berkata, berada di Malaysia dirasakan seperti berada di tanah air sendiri. - Gambar fail
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
AWANI Ringkas: Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pegawai kastam maut dalam kemalangan babit tiga kenderaan
Seorang pegawai kastam maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 18.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, semalam.
AWANI 7:45 [28/04/2024] – Malaysia tumpu pelaburan baharu | Pertumbuhan saksama dan inklusif | Kajian pertubuhan buruh antarabangsa | Tabung Haji teruskan bantuan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia hadapi cabaran baharu dari negara maju, bidang teknologi, tegas PM
- Ekonomi dunia kian tidak seimbang, Tengku Zafrul di pentas forum desak negara maju lebih adil dan saksama
- 70 peratus pekerja dunia terdedah kepada penyakit akibat perubahan iklim
- Tabung Haji tanggung kos lebih RM350 juta tahun ini
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia hadapi cabaran baharu dari negara maju, bidang teknologi, tegas PM
- Ekonomi dunia kian tidak seimbang, Tengku Zafrul di pentas forum desak negara maju lebih adil dan saksama
- 70 peratus pekerja dunia terdedah kepada penyakit akibat perubahan iklim
- Tabung Haji tanggung kos lebih RM350 juta tahun ini
Liek Hou rangkul dua lagi emas di Sepanyol
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou terus cemerlang apabila menggondol dua pingat emas pada Kejohanan Badminton Para Sepanyol Antarabangsa II 2024 pada Sabtu.
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara - Ewon
Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai "duta" untuk mempromosikan produk PMKS dan koperasi negara.
Fokus Minggu Depan: Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Adakah program pemberian kad sementara PATI membantu?
Program pemberian E-Kad kepada PATI bermajikan, yang bakal menukar status mereka daripada pekerja haram kepada yang sah, dibuat sebagai langkah memenuhi keperluan sektor pekerjaan.
Kerjasama pemimpin, rakyat lancarkan tugas di Malaysia - Duta Besar Indonesia
Duta Besar Indonesia ke Malaysia Herman Prayitno berkata, berada di Malaysia dirasakan seperti berada di tanah air sendiri apabila ditanya pandangan beliau sepanjang bertugas di negara ini.
Hubungan dua hala Indonesia pada tahap paling cemerlang - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia pada masa ini berada pada tahap paling cemerlang dan luar biasa.
Kedutaan besar Indonesia sokong pengeluaran kad pekerja asing sementara
Kedutaan Besar Indonesia di sini menyambut baik usaha Jabatan Peguam Negara membenarkan kerajaan mengeluarkan Kad Pekerja Asing Sementara kepada pekerja asing tanpa izin (PATI) yang bermajikan.
Indonesia tunggu tiga minggu pertimbang bantuan negara jiran atasi jerebu - Duta
Indonesia akan mempertimbangkan menerima bantuan negara jiran sekiranya masalah jerebu berterusan sehingga tiga minggu lagi.
Matah Ati: Pahlawan Rubiyah kembali beraksi di Istana Budaya
Lakon tari Matah Ati yang mengangkat kisah benar pergelutan dan cinta dalam satu peperangan ketika jajahan Belanda di Jawa, bakal beraksi di Istana Budaya.
Jokowi puas hati, sifatkan lawatan ke Malaysia berjaya - Duta Indonesia
Presiden Indonesia Joko Widodo sangat berpuas hati dengan hasil lawatan negara yang pertama beliau ke Malaysia, menurut Duta Indonesia.
PEMILU: Lebih 40 peratus pemilih yang layak di KL keluar mengundi
Terdapat lebih daripada 420,000 warga Indonesia yang menetap di Malaysia mendaftar sebagai pemilih.
MH370: Indonesia yakin kemampuan Malaysia ketuai SAR
Selepas China dan Malaysia, penumpang dari kalangan warga Indonesia merupakan ketiga yang teramai menaiki pesawat MH370.