awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama, perpaduan kaum penentu capai status negara maju 2025 - Tun M

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
08/02/2019
14:42 MYT
Kerjasama, perpaduan kaum penentu capai status negara maju 2025 - Tun M
Dr Mahathir bergambar dengan orang ramai semasa hadir pada Perhimpunan Perdana Perpaduan 2019 di Dewan Sri Pinang di George Town, Pulau Pinang pada Jumaat. - BERNAMA
Kerjasama dan perpaduan antara kaum menjadi faktor penentu kepada cita-cita negara untuk mencapai status negara maju pada 2025.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, biarpun cita-cita itu kini agak terlewat berbanding sasaran Wawasan 2020 sebelum ini, namun apa yang lebih utama adalah untuk memastikan matlamat tersebut dicapai tanpa melupakannya sama sekali.
"Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk membangunkan negara kita. Kita perlu bercita-cita besar untuk menjadi negara maju.
"Ini boleh dicapai kalau ada kerjasama antara kaum-kaum di Malaysia. Biarlah lewat sedikit, yang penting kita capai matlamat kita daripada tidak capai matlamat sama sekali," katanya.
Menurut Dr Mahathir, semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dari sejak awal kemerdekaan turut membolehkan negara ini mengharungi cabaran rusuhan antara kaum yang berlaku pada 1969.
Katanya, berbeza dengan negara luar, rusuhan yang berlaku di negara ini hanya berlaku dalam jangka masa pendek.
Malah kesepakatan rakyat antara kaum yang utuh berjaya menubuhkan kerajaan campuran.
Dr Mahathir berkata demikian ketika berucap pada majlis Perhimpunan Perdana Perpaduan 2019 sempena sambutan Hari Perpaduan Negeri dan ulang tahun Majlis Perundingan Muhibbah Negeri yang ke-15 di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, beliau juga berkata Malaysia boleh berada dalam keadaan malapetaka sekiranya jurang perbezaan antara golongan miskin dan kaya di negara ini semakin ketara.
Malah, lebih membimbangkan apabila situasi kekayaan dan kemiskinan di negara ini dikaitkan pula dengan kaum-kaum tertentu.
Sehubungan itu, katanya, Kerajaan Pusat berusaha merapatkan jurang antara kedua-dua golongan tersebut selain memastikan kekayaan negara dapat dikongsi dan diagihkan secara saksama antara semua kaum.
"Apabila kita dapat mengatasi perbezaan pendapatan antara kaum, negara kita akan jadi lebih maju. Inilah sesuatu yang perlu kita usahakan supaya kita jangan samakan identiti kita dengan kaya miskin. Ini adalah satu perbezaan yang merbahaya," tambahnya.
Topic Berkaitan
#2025
#Mahathir Mohamad
#perpaduan kaum
#status negara maju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan