SINGAPURA: Dalam mengharungi kepesatan kemajuan teknologi, ekosistem ekonomi digital negara memerlukan penglibatan erat sektor awam dan swasta, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tan Sri Annuar Musa.
Setiap teknologi yang diperkenal memerlukan kawal selia tertentu, yang hampir mustahil dilaksanakan jika kerajaan bertindak perlahan dalam membuat perubahan sementara memberi peluang kepada sektor swasta untuk terus berkembang, katanya.
"Dalam kebanyakan kes, agensi kerajaan terutamanya cenderung sangat tegar dengan peraturan dan lambat daripada segi penerimaan dan pengubahsuaian," katanya pada sesi bertajuk "Teknologi, Masyarakat dan Peranan Dasar" yang diadakan sempena Asia Tech x Singapore (ATxSG) 2022.
Annuar, yang merupakan ahli panel bersama pada sesi itu, berkata oleh itu kerajaan perlu mendengar daripada lebih pihak industri memandangkan perubahan pantas teknologi dipacu oleh sektor swasta.
"Kerjasama sebegini antara kerajaan dan sektor swasta akan menyediakan ekosistem yang lebih kondusif dan akhirnya akan berkembang dengan cara yang lebih sihat. Oleh itu, lebih banyak usaha mesti dilakukan," kata Annuar.
Anggota panel bersama yang lain ialah Menteri Keusahawanan dan Teknologi Maklumat (Estonia) Andres Sutt, Menteri Komunikasi dan Informatik (Indonesia) Johnny G Plate, dan Ketua Eksekutif Forum Kerjasama Peraturan Digital (UK), Gill Whitehead.
Menjelaskan lebih lanjut kepada Bernama selepas sesi itu, Annuar berkata: "Ekosistem digital berkembang pesat namun undang-undang tidak kerap dipinda oleh penggubal undang-undang.
"Kadang-kadang ia mengambil masa bertahun-tahun untuk membuat pindaan. Oleh itu, berikutan perkembangan pesat...peraturan kawal selia dan perundangan menjadi lapuk dalam tempoh yang singkat," katanya.
"Oleh itu kerajaan mesti dengar dan perlu banyak terlibat dengan sektor swasta kerana merekalah yang akan melaksana dan memperkenalkan teknologi baharu, dan merekalah yang benar-benar memahami trend yang akan berlaku dalam masa terdekat.
"Pihak industri akan menghadapi masalah jika pihak kerajaan tidak dapat menyediakan "satu rangka kerja yang kondusif. Akhirnya nanti, rakyat akan menghadapi masalah kerana tidak dapat menampung teknologi yang berubah pantas," katanya.
Annuar memberi contoh undang-undang berkaitan 'berita palsu' tidak mampu ditangani kerana masalah itu sentiasa berubah.
Ia menjadi lebih rumit jika sumber "berita palsu bukan dari dalam negara, sebaliknya datang dari negara-negara yang mempunyai set peraturan yang berbeza," katanya.
ATxSG disifatkan sebagai acara teknologi terbesar yang dianjurkan oleh Singapura sejak pembukaan semula sempadannya dan akan berlangsung selama empat hari hingga 3 Jun 2022.
Acara itu juga akan menyaksikan penyertaan eksekutif kanan daripada syarikat teknologi terbesar dan paling pesat berkembang di dunia seperti Perkhidmatan Web Amazon, Epic Games, Google, IBM, Microsoft dan Kumpulan Ping An.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022
Annuar berkata, kerajaan perlu mendengar daripada lebih pihak industri memandangkan perubahan pantas teknologi dipacu oleh sektor swasta. - Gambar fail
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Sarawak guna teknologi inovatif untuk ketahanan jalan - Uggah
Antara penyelesaian yang sedang dipertimbangkan ialah membina jalan raya bertingkat, kaedah yang sangat sesuai untuk muka bumi ini.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Kerajaan sasar REE dapat diproses tiga tahun akan datang - Rafizi
Rafizi berkata, teknologi untuk memproses REE hanya terdapat di China dan perbincangan lanjut berhubung perkara itu sedang dilaksanakan.
TPM Fadillah nasihat masyarakat tingkat ilmu, kemahiran teknologi elak ditipu
Masyarakat perlu meningkatkan ilmu dan kemahiran tatkala beralih kepada penggunaan teknologi tinggi bagi setiap urusan harian mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar
Perkembangan teknologi sepatutnya melahirkan masyarakat intelektual namun ia boleh jadi sebaliknya jika pengguna media sosial gagal menapis bahan negatif yang terdapat dalam rangkaian internet.
Johor raih potensi pelaburan bernilai AS$190 juta dari Korea Selatan - Menteri Besar
Kerajaan negeri Johor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang berpotensi membawa pelaburan strategik.
MTDC komited pacu teknologi 4IR ke arah pertumbuhan mampan
Potensi teknologi 4IR boleh dimanfaatkan bukan sahaja untuk meningkatkan produktiviti, malah untuk mencipta peluang baharu.
AIR 2040: Perkasa pengurusan air untuk masa depan rakyat dan negara
Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 adalah langkah yang kritikal bagi memastikan Malaysia kekal berdaya tahan dalam pengurusan sumber air.
Ibu bapa perlu bimbing anak pilih kerjaya selaras tuntutan masa depan
Sektor seperti semikonduktor, teknologi, kejuruteraan dan bidang STEM lain yang berkembang pesat, menawarkan peluang besar untuk kejayaan kerjaya jangka panjang.