GADGETS
Telegram dikemas kini dengan beberapa ciri baharu termasuk ‘Public Post Search’

Telegram tambah ciri Public Post Search, Story Albums, dan Gift Collections untuk pengalaman pengguna lebih tersusun. -Amanz
Telegram dikemas kini dengan beberapa ciri baharu bagi meningkatkan pengalaman penggunaan secara menyeluruh.
Ringkasan AI
- Telegram tambah ciri Public Post Search, Story Albums, dan Gift Collections untuk pengalaman pengguna lebih tersusun.
- Public Post Search hanya tersedia untuk pengguna Premium, manakala Story Albums dan Gift Collections bantu susun kandungan dan hadiah digital.
- Telegram perkenal aplikasi mini baharu untuk pengurusan bot melalui @BotFather dengan sokongan skrin penuh dan integrasi data lokasi.
Buat masa ini, fungsi ini hanya tersedia untuk pengguna Telegram Premium bagi menyediakan akses lebih mudah kepada kandungan umum dari pelbagai sumber.
Telegram turut memperkenalkan ciri Story Albums yang membolehkan pengguna menyusun stories ke dalam album melalui tab Posts di profil masing-masing.
Ia memudahkan penyusunan kandungan seperti imej atau maklumat produk secara lebih teratur lantas meningkatkan pengalaman navigasi dalam aplikasi.
Fungsi Gift Collections turut ditambah baik dengan pengguna boleh menyusun semula hadiah digital ke dalam koleksi tersendiri melalui tab Gifts.
Hadiah boleh dikategorikan mengikut tema atau ciri-ciri khusus, dan satu hadiah boleh dimasukkan ke dalam pelbagai koleksi serentak.
Pada masa sama, Telegram memperkenalkan sistem penarafan baharu pada profil pengguna berdasarkan transaksi yang berjaya dilakukan menggunakan Telegram Stars.
Penarafan ini memberikan gambaran umum tahap keterlibatan pengguna dalam Telegram termasuk aktiviti seperti mesej berbayar.
Telegram turut menawarkan aplikasi mini baharu melalui @BotFather yang direka bagi memudahkan pengurusan bot secara menyeluruh.
Melaluinya, pembangun boleh mengubah ikon, penerangan serta pelbagai tetapan dengan lebih efisien.
Aplikasi mini ini juga menyokong paparan skrin penuh, pengurusan langganan serta integrasi data lokasi. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami