Kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) ada kemungkinan bocor ketika proses pemindahan kertas peperiksaan dari pencetak ke sekolah.
“Sesiapa yang mengendalikan kertas-kertas peperiksaan ini tidak mempunyai integriti,” kata presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar.
“Kita perlu melihat semula ‘standard operating procedure’ dan memastikan mereka yang mengendalikan kertas-kertas peperiksaan ini mempunyai integrity kerana ianya adalah posisi yang berisiko tinggi.
“Ini sangat memalukan dan telah memberi impak kepada prestij ke atas negara ini. Bilakah kita akan belajar?,” kata Akhbar, merujuk kepada insiden kertas peperiksaan bocor yang pernah berlaku pada lepas, bukan sahaja pada kertas peperiksaan UPSR tetapi juga peperiksaan kebangsaan yang lain.
Akhbar berharap agar tindakan keras akan dikenakan ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab itu, dan perlu dipenjarakan, untuk memberi contoh kepada negara.
Pendapat Akhbar dipersetujui Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed yang turut berkata pesalah sepatutnya dikenakan hukuman setimpal kerana ini bukan kali pertama kertas peperiksaan didapati bocor.
“Bagaimana pelanggaran sekuriti yang meluas ini boleh berlaku? Ada sesuatu yang tidak kena pada kawalan sekuriti di jabatan peperiksaan,” katanya kepada Astro AWANI dalam satu temuramah pada Khamis.
Nur Jazlan turut berkata yang dia akan bertanyakan kepada jeneral auditor untuk menyiasat perkara ini.
Pada Rabu, Lembaga Peperiksaan mengumumkan tentang kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditunda ke September 30 selepas kertas peperiksaan tersebut dilaporkan bocor di media sosial.
Kertas Sains itu sepatutnya diduduki pelajar-pelajar Tahun Enam pada Khamis.
Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memohon maaf kepada pelajar-pelajar Tahun Enam dan ibubapa mereka tentang insiden kertas peperiksaan bocor dan beliau turut berjanji untuk menyiasat perkara tersebut.
Pada Khamis, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 didapati bocor. Insiden ini telah disahkan oleh Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh di laman Twitternya pada Khamis.
Kata Idris, pelajar-pelajar yang dijadualkan untuk menduduki peperiksaan pada hari ini akan menduduki semula kertas Bahasa Inggeris pada Sept 30.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Mohd Isa berkata pihak polis sedang menyiasat insiden di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972. Buat masa ini, tiada tangkapan dilaporkan.
Terbaru, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini menyifatkan isu kebocoran kertas soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai kes polis tetapi sedia untuk menyiasat sekiranya melibatkan unsur rasuah.
Seramai 470,000 pelajar di seluruh negara mendaftarkan diri untuk menduduki peperiksaan UPSR di 8,300 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Shein Shanin
Thu Sep 11 2014
Akhbar: Sesiapa yang mengendalikan kertas-kertas peperiksaan ini tidak mempunyai integriti. - Foto Fail
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
PRN: Pemimpin politik perlu bersikap 'gentleman', tidak rasuah pengundi - Akhbar Satar
Pemimpin politik yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi diingatkan agar tidak menggunakan duit demi mendapatkan undi rakyat.
Belanjawan 2023: Pembatalan rundingan terus, jimat kos, lebih telus - Akhbar Satar
Inisiatif membatalkan kaedah rundingan terus bagi projek mega dalam Belanjawan 2023 mampu menjimatkan kos dan mengelakkan pemberian komisen kepada 'orang tengah'.
Indeks CPI: Skor negara menurun dipengaruhi pelbagai faktor penilaian - Akhbar Satar
Indikator dalam menentukan indeks persepsi rasuah bukan sahaja dipengaruhi oleh jumlah kes rasuah yang berlaku di dalam negara, namun ia membabitkan beberapa faktor termasuk sosio-ekonomi dan politik.
Apabila sedekah menjadi rasuah
Rasuah adalah ibu segala kegiatan jenayah dan kejahatan.
Sistem dalam negara perlu dipegang pemimpin berintegriti - Akhbar Satar
Ciri-ciri tersebut amat penting bagi memastikan penguatkuasaan sesuatu akta itu dapat dilaksanakan dengan telus.
PRU15: 'Ada udang di sebalik batu' apabila ahli politik enggan isytihar harta - Akhbar Satar
Ahli politik tidak perlu takut untuk dedahkan kekayaan jika ia datang dari sumber yang tidak melanggar undang-undang.
Rasuah: Hukuman pesalah golongan elit perlu lebih berat - Akhbar Satar
Golongan elit mempunyai wang yang cukup untuk mengupah peguam-peguam yang handal bagi membela mereka dalam penghakiman dan secara tidak langsung membebaskan mereka daripada pertuduhan tersebut.
PDRM terus perkasa integriti
Integriti sukar diajar. Ia terpahat dalam jiwa sama ada dimiliki seseorang atau tidak. Ada berpendapat doktrin agama juga tidak berupaya mengubah perasuah.
Revolusi senyap berlaku sejak banjir
Perkara ini berlaku kerana usaha-usaha membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat lebih mudah diselesaikan dengan gerak kerja masyarakat tanpa melibat kerenah birokrasi.
Malaysia harus sertai OGP pertingkat hubungan kerjasama NGO, Kerajaan
Saranan itu dilihat dapat mengukuhkan peranan sivil, organisasi masyarakat, sekaligus menggalakkan komitmen yang lebih erat dengan Kerajaan.