awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap

Bernama
Bernama
31/01/2025
14:45 MYT
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
IPOH: Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata kertas siasatan itu dihantar ke Bahagian Siasatan Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada 27 Jan lepas.
"Kertas siasatan ini seterusnya akan dihantar kepada Bahagian Siasatan Perundangan Bukit Aman kerana kes melibatkan penjawat awam.
"Setelah selesai diteliti kertas siasatan ini akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan pertuduhan," katanya dalam kenyataan malam ini.
Sebelum ini, Juna dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan polis daripada ibu kepada murid terbabit yang mendakwa anaknya cedera akibat dipukul seorang guru lelaki berusia 30 tahun pada 10 Dis lepas.
Beliau berkata wanita berusia 40 tahun itu menarik semula laporan yang dibuat keesokan harinya kerana enggan memanjangkan kes tersebut namun baru-baru ini pengadu sekali lagi tampil membuat satu laporan memohon pihak polis meneruskan siasatan dan mahu tindakan lanjut diambil ke atas guru lelaki berkenaan.
Terdahulu, media melaporkan seorang wanita mendakwa anak lelakinya yang berusia 12 tahun cedera akibat ditampar dan ditumbuk gurunya sehingga mengalami gegaran dalam telinga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru pukul murid
#Bagan Serai
#media sosial
#Polis Daerah Kerian
#kertas siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan