awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan pelajar UPNM retak tulang dipijak senior dirujuk ke TPR

Sinar Harian
Sinar Harian
17/11/2024
09:45 MYT
Kertas siasatan pelajar UPNM retak tulang dipijak senior dirujuk ke TPR
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kertas siasatan berkaitan kes itu sedang dilengkapkan.
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berkaitan kes buli seorang penuntut Tahun Satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang cedera parah akibat dipijak penuntut senior akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kertas siasatan berkaitan kes itu sedang dilengkapkan.
"Setakat ini, kita telah merakam keterangan 13 individu bagi membantu siasatan, kertas siasatan akan dirujuk kepada TPR," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Sebelum ini, media melaporkan satu lagi kejadian buli dilaporkan di universiti itu membabitkan pelatih Tahun Satu yang mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang.
Kejadian dilaporkan pada 21 Oktober lalu, sehari sebelum seorang pelajar Tahun Dua universiti berkenaan ditekap seterika oleh pelajar Tahun Empat.
Rusdi dilaporkan berkata, ketika kejadian mangsa sedang berada di tepi padang kawad setelah selesai sesi panggil nama.
Mangsa berusia 19 tahun dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh seorang pelatih Tahun Tiga.
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.40 malam Jumaat lalu, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#UPNM
#kes buli
#kes mahkamah
#Rusdi Mohd Isa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan