awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan pemandu Uber kena pukul selesai

Bernama
Bernama
12/06/2017
10:17 MYT
Kertas siasatan pemandu Uber kena pukul selesai
Enam lelaki berusia 29 hingga 40 tahun yang direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes pukul pemandu Uber itu dibebaskan dengan jaminan polis.
Polis telah melengkapkan kertas siasatan kes seorang pemandu Uber yang cedera dipukul sekumpulan lelaki selepas didakwa mencabul wanita Vietnam di Paya Terubung di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya esok dengan cadangan mereka yang terlibat didakwa di mahkamah.
Katanya enam lelaki berusia 29 hingga 40 tahun yang direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes pukul pemandu Uber itu dibebaskan dengan jaminan polis.
Beliau berkata pemandu Uber berusia 29 tahun pula akan tamat reman esok manakala wanita Vietnam berumur 43 tahun kini masih direman oleh Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang kerana masih dalam siasatan untuk dapatkan laporan pasportnya.
BACA: Pemandu Uber direman empat hari bantu siasatan kes cabul, rusuh
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang Selasa itu, pemandu berkenaan dibelasah lebih 10 lelaki selepas didakwa membuka seluar dan menarik tangan mangsa supaya memegang kemaluannya ketika membawa wanita berkenaan dari Lintang Paya Terubong ke Agryll Road, Georgetown.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cabul
#Paya Terubung
#pemandu Uber
#pukul
#Uber
#wanita vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan